Oleh Mohamad Fadli
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini
menasihatkan media dalam talian untuk tidak menyebarkan “fake news”
dengan melaporkan kenyataannya secara sempit dan negatif.
Beliau melihat rakyat kini disuapkan dengan berita palsu terutama
sekali oleh media dalam talian, menyebabkan pembaca keliru akan hasrat
kerajaan dan membenci pentadbirannya.
“Kebanyakan telah dirancang untuk menimbulkan kebencian dalam
kalangan rakyat terhadap kerajaan atau sekurang-kurangnya mengelirukan
rakyat akan apa tujuan sebenarnya. Kadang-kadang kenyataan dibuat oleh
pemimpin disalahertikan ataupun dikilas untuk mengelirukan rakyat.”
Najib berkata pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat Donald
Trump baru-baru ini contoh aktiviti kerajaan yang menjadi mangsa laporan
dalam talian yang tidak bertanggungjawab.
“Saya beritahu saya datang sini untuk kukuhkan ekonomi, tetapi bila
saya kata sedemikian maksudnya bukan kita sebagai penyumbang dana pada
ekonomi AS tanpa kita menerima perubahan.
Maknanya kita bukan minta
sedekah tetapi kita hadir sebagai negara berjaya, yang boleh jadi pelaku
global yang penting,” katanya pada majlis minum petang bersama wartawan
wanita negara di Hotel Seri Pasifik hari ini.
Najib dalam pertemuan di Rumah Putih 12 September lepas dilaporkan
berkata Malaysia Airlines akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8
pesawat 787 Dreamliners, dengan kemungkinan pembelian 25 pesawat 737
pada masa depan. Urusjanj itu dikatakan akan bernilai lebih AS$10 bilion
dalam masa 5 tahun.
Najib juga dilaporkan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
akan melabur AS$3 bilion hingga AS$4 bilion lagi dalam pembangunan
semula prasarana AS.
Pertemuan itu bagaimanapun dikritik Pakatan Harapan, yang mengatakan
tidak masuk akal Malaysia sebagai sebuah negara membangun berbelanja
untuk memperkasakan ekonomi negara dunia pertama seperti AS.
Najib bagaimanapun berkata pertemuan dengan Trump itu sebahagian daripada strategi Malaysia dengan kuasa besar seperti AS.
“Malaysia mempunyai hubungan geo politik dengan Beijing, Washington,
Riyadh, New Delhi dan banyak megara lain dan ini antara strategi kita
untuk memajukan negara,” katanya.
“Senang ke nak dapat jemputan di Rumah Putih oleh Trump dan saya
merupakan perdana menteri pertama dapat jemputan tahun pertama presiden
Amerika Syarikat,” tambahnya secara jenaka.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan