Oleh UBAIDULLAH HARITH SHAHRIN
Selepas
menyaksikan kehangatan tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK), akan berlangsung
satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di Sabah.
Ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt dari DAP akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin
telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa Umno tidak akan meletakkan calon
untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan. Dalam masa yang
sama, beliau seolah memberi petanda seperti menggalakkan rakan
pembangkangnya dari Pas untuk bertanding.
Ketua penerangan Pemuda Pas Hishamuddin Abdul Karim pernah menulis
satu tulisan bertajuk Senarai ’15 Hujah DAP Anti-Islam’ beberapa bulan
yang lalu. Itulah yang kini mereka terapkan pada ahli-ahli mereka.
Segala pujian melambung Pas terhadap DAP semasa dalam Pakatan Rakyat
kini dilupakan.
Ahmad Marzuk Shaary (Pas), Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dengan
berani melabel secara umum dalam sidang Parlimen bahawa DAP anti-Islam.
Aksinya mencabar sama ada DAP setuju atau tidak dengan agenda Pas,
seperti ingin memperlihat Pas benar-benar pejuang agama yang ingin
menentang DAP, kononnya hanya DAP yang menentang agenda Islam Pas.
Sewajarnya dengan aksi-aksi dan tulisan lagak adiwira pejuang Islam
versi Pas tersebut, Pas lebih berani menghantar calon-calon untuk
berentap dalam medan Pilihanraya di kawasan-kawasan yang ditandingi
komponen Pakatan Harapan (PH) dari DAP.
Belajarlah dari sirah, pejuang-pejuang Islam berdepan di gelanggang
yang disediakan, medan yang realiti mengikut konteks masa dan secara
tekad bagi membuktikan manifestasi keberanian berhadapan dengan golongan
yang didakwa terbukti menetang Islam.
Konteks semasa bagi sebuah Parti Politik membuktikan manifestasi dan
kehebatan mereka adalah di medan Pilihanraya. Tidak hanya berdegar di
awangan demi menjalankan amalan pembohongan, ditambah doktrin
pembohongan secara syarie terhadap pentaksub-pentaksub.
Gelanggang sebenar telah dibuka, namun Pas telah membuktikan mereka
bukanlah pejuang Islam untuk menentang DAP seperti yang dijaja.
Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah membuat keputusan tidak meletakkan
calon pada PRK Palimen Sandakan, Sabah yang akan berlangsung pada 11 Mei
ini.
Segala yang Pas lemparkan terhadap PH, dengan memangsakan DAP jelas
sebuah retorik kehabisan modal, dan tohmahan bersifat politik murahan,
tidak selari dengan apa yang dilaungkan politik matang dan sejahtera.
Jika Pas hanya berharap MCA untuk kembali bertanding di Sandakan,
lalu dikerah dengan lesen wala’ untuk jenteranya membantu MCA,
ketahuilah wahai pentaksub PAS bahawa MCA sudah berulang kali menentang
hudud Islam secara lantang dan terbuka. Adakah PAS ingin membuktikan
bahawa mereka kini telah menjadi sebuah parti suruhan MCA yang menentang
hudud?
Jelaslah kepada rakyat Malaysia, Pas sekadar bermain politik yang
tiada arah dengan teknik menjaja murah agama, sekadar memainkan semula
wayang UMNO memangsakan DAP. Kini terbukti PAS tidak berani membuktikan
dengan tindakan berani melawan secara berdepan PH dari komponen DAP di
gelanggang PRK Sandakan.
*Penulis adalah Exco Pemuda AMANAH Melaka.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Sayangnya pada DAP............
BalasPadamsayangnya pada MaCAi
BalasPadamPAS hanyalah sebuah parti politik, bukannya agama. Fahamilah perkara ini, Jangan taksub sangat. Tak baik begitu.
BalasPadam