GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP hari ini didesak
mengakui kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di negeri itu akibat
pembangunan negeri yang tidak terancang.
Dalam gesaannya, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong
berkata kerajaan negeri juga perlu mengakui kejadian banjir terbabit
disebabkan pembangunan yang terlalu pesat.
Hampir 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, mereka hanya tahu menolak
isu banjir kepada kerajaan persekutuan, katanya dalam kenyataan hari
ini.
Oh berkata kejadian banjir kilat hari ini yang turut menyaksikan
kejadian tanah runtuh selain air kekuningan, menunjukkan kesemua itu
kesan daripada kelulusan diberi pihak kerajaan negeri kepada pemaju
untuk meneroka kawasan hutan dan lereng bukit.
“Apa yang diharapkan rakyat adalah untuk melihat kesungguhan pihak
kerajaan negeri menyelesaikan masalah tersebut, bukannya sekadar mencari
alasan mengelakkan diri daripada dipertanggungjawabkan,” katanya.
Hujan lebat sejak 3.00 pagi tadi mengakibatkan 100 kawasan di Pulau
Pinang dinaiki air serta lebih 40 orang dipindahkan ke pusat pemindahan
sementara.
Mengulas lanjut, Oh berkata kekerapan banjir kilat melanda negeri itu
hanya membawa kerugian besar kepada masyarakat khususnya peniaga selain
kerosakan harta benda rakyat.
“Rakyat negeri ingin melihat pelan tindakan dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk menyelesaikan masalah banjir.
“Lebih mengecewakan, setelah 10 tahun DAP mentadbir Pulau Pinang,
masalah banjir semakin serius dan terdapat banyak kawasan yang dahulunya
tidak pernah dilanda banjir turut terjejas. Hal ini jelas membuktikan
kegagalan pihak kerajaan negeri dalam isu ini,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan