Oleh : AMNI
JAGAT
Subuh dini hari
Rabu, 9 Ogos 2017, saya dibawa oleh sahabat saya yang juga pengarah 'Live
Bongkar' ke destinasi yang mempunyai masalah rakyat di bumi Johor ini
sebagai salah satu kerja saya membongkar isu. Seperti yang dirancang, kali ini
kembara saya adalah ke daerah Segamat yang telah dilaporkan terdapat masalah
rakyat yang meruncing.
Sahabat saya,
Suhaizan Kaiat seperti biasa telah memfokuskan beberapa perkara berkenaan
dengan sesi 'live Facebook'. Saya pula lebih memfokuskan berkenaan
dengan isu dan berita yang akan dikutip sekaligus akan dijadikan tulisan untuk
bacaan pelbagai lapisan. Setibanya di susur keluar Yong Peng Utara di lebuhraya
utara selatan, kami membuat keputusan untuk berhenti seketika di gerai makan
berhampiran untuk bersarapan.
Seorang lagi
individu yang kami nantikan untuk membawa kami ke destinasi yang tepat yakni di
Kampung Tenang Segamat Johor. Setelah setengah jam menunggu sambil saya
mengambil sarapan, individu yang dimaksudkan itu sampai. Beliau adalah Naib
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Dr. Sulaiman Mad Nor.
Setibanya beliau
yang ditunggu, kami terus menyambung perjalanan ke destinasi yang dituju.
Secara jujurnya, dari tahun 2011 – sewaktu Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang –
hinggalah tahun ini, perjalanan dari pekan Yong Peng ke Labis masih tidak ada
perubahan yang memuaskan sehingga saya bertanya kepada Dr. Sulaiman berkenaan
dengan infrastruktur jalan raya ke Labis yang masih ketinggalan.
Tapi bukan itu
niat saya dan Suhaizan ke destinasi yang ditujui. Setibanya saya di pekan
Tenang, secara langsung menjelmalah suatu kenangan. Kenangan di mana suatu
waktu dahulu semasa PRK Tenang yang membuka diari perjuangan di kawasan yang
saya jejakkan kaki kini. Pekan Tenang masih tidak berubah, tiada pembangunan,
tiada infra yang bertambah dan suasana serta jalanrayanya masih sama.
Setiap kedai dan
waktu itu markaz yang didirikan di kawasan tersebut masih dapat dilihat
tersergam indah cuma ia sudah bertukar serta bukan lagi markaz. Begitulah
suasana apabila saya melintasi pekan Tenang untuk saya bersama krew 'Live
Bongkar' memasuki Kampung Tenang. Tujuan kami kali ini adalah untuk menyingkap
nasib penoreh getah yang saya telah mendapat laporan keadaan hidup mereka
meruncing hari ini.
Jejakkan kaki
pertama saya adalah ke tempat peraih getah yang wujud di kampung Tenang.
Setibanya saya di kawasan peraih getah itu, kami disambut oleh orang kampung
tersebut yang bernama Kamal. Beliau merupakan anak jati kampung tersebut dan
beliaulah yang akan membawa kami untuk bertemu dengan penoreh getah yang berada
di kawasan kampung berkenaan.
Alangkah dukanya
kami apabila penduduk kampung atau penoreh getah yang datang ke tempat peraih
itu tidak mahu memberi kerjasama yang baik kepada krew kami kerana mereka masih
takut. Kebanyakkan penoreh di situ telah menerima bantuan dari pihak kerajaan
dan hal itu membuatkan mereka menjadi takut untuk memberikan kerjasama.
Sedangkan dalam
perbualan kami, mereka mengeluh mengenai nasib mereka yang ditimpa dengan
musibah berkenaan dengan kejatuhan harga getah serta kejatuhan itu lebih
ditambah perit dengan kenaikkan harga barangan keperluan. Bila saya dan krew Live
Bongkar ingin membuat liputan, mereka mengelak serta tidak memberi kerjasama
kerana mereka khuatir akan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti
bantuan mereka tidak akan diberikan lagi.
Saya tidak
merasa janggal dengan keadaan itu kerana perkara yang berlaku ini lumrah. Namun
saya dan Suhaizan masih tidak berpuas hati kerana apa yang diinginkan oleh kami
masih tidak mencapai sasaran yang betul yakni keberjayaan membongkar masalah
rakyat berkenaan kehidupan sebagai seorang penoreh getah.
Akhirnya ketika
waktu menjelang Zohor di pekan Kampung Tenang itu, datanglah seorang manusia
yang hadir bertujuan untuk melepaskan dahaga di sebuah warong yang telah
tersedia krew kami. Beliau adalah Kamarudin Ismail, 44 yang saya panggil beliau
Din. Itulah kali pertama saya bertemu dengan Din.
Beliau mempunyai
tiga anak serta seorang isteri. Dua anak beliau kini sedang bersekolah manakala
yang kecil masih berumur 2 tahun. Pendapatan beliau sebagai seorang penoreh
getah hanya RM 30 sehari manakala rungut beliau, kos pembelanjaan beliau
termasuk perbelanjaan beliau sehari jejak kepada RM 41.
Dalam kiraan
seharian, Din terpaksa menanggung kos pembelanjaan yang melebihi pendapatan
beliau. Bila ditanya berkenaan dengan kerja beliau, Din menjawab beliau
terpaksa kerja lebih masa sehingga lewat malam untuk mendapatkan pulangan
sebanyak RM 30 berkenaan. Ini hakikatnya bagi kehidupan seorang penoreh getah.
Din sebenarnya
mengambil upah menoreh di kebun kepunyaan orang lain dan beliau sendiri tidak
mempunyai kebun getah. Menurut Kamal individu yang saya temui di tempat peraih
seawal pagi itu, memang ramai yang hidup di kampung tersebut berkerjaya sebagai
NGO (Noreh Getah Orang) yang bermaksud pengambil upah bukan pemilik kebun
seperti yang kita maklum sebelum ini.
Saya sehingga
hari ini masih tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan Din yang terpaksa
berkerja keras untuk mendapatkan secebis upah bagi menampung kehidupan seharian
mereka. Dan yang paling menyedihkan, masih terdapat sebilangan manusia yang
hidup seperti Din di kawasan Kampung Tenang itu.
Saya telah
menulis berkenaan diri Din di portal Malaysia Dateline serta video
rakaman berkenaan penjelasan Din dalam temuramah bersama krew Live Bongkar telah
dimuat naik di laman Facebook Page Suhaizan Kayat. Pembaca boleh
mengikuti luahan Din di laman yang telah saya berikan di atas.
Saya mendapat
reaksi yang negatif daripada orang ramai berkenaan dengan nasib Din.
Kebanyakkannya mengecam dan menyatakan seperti saya mengadakan cerita berkenaan
dengan nasib seseorang. Ada pula yang menyatakan penurunan harga getah bukanlah
disebabkan oleh kerajaan malah ianya adalah masalah global.
Saya hanya
menjawab, bukan itu masalahnya dan saya jawab kita sebagai yang berkemampuan
cuba fikirkan bagaimana menyelamatkan nasib penoreh getah yang sebegitu nasib
mereka. Antara lain adalah berkenaan dengan harga minima subsidi getah. Setakat
ini ia masih dalam kadar RM 2.40 perkilogram. Sepatutnya perkara itu perlu
dilihat semula kerana harga barangan keperluan semakin meningkat.
Mungkin ramai
yang memberi maklum balas negatif itu perlu menyelami nasib penoreh yang boleh
dikatakan majoritinya hidup dalam keadaan susah. Samalah seperti mana yang
berlaku di Sik Kedah sewaktu saya kembara di sana. Kehidupan daif sehinggakan
mereka terpaksa makan nasi yang berasnya berwarna merah seperti dedak. Saya
harap perkara ini perlu diperjuangkan oleh semua pihak.
Virus-free. www.avast.com |
Try the new Yahoo Mail
0 comments:
Catat Ulasan