Pemuda AMANAH menggesa kabinet mengambil tanggungjawab penuh atas
kesilapan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dan
berhenti membuli penjawat awam.
Justeru Pemda AMANAH berpandangan kemampuan dan kredibiliti penjawat
awam dalam menjalankan tanggungjawab awam kepada rakyat dan negara tidak
boleh dipersoalkan.
“Yang membawa masalah kepada rakyat dan negara adalah kebinet yang
tercalar dengan pelbagai skandal korupsi dan tadbir urus yang salah dan
lemah.
“Seharusnya menteri yang bertanggungjawab meletakkan jawatan dan
memohon maaf kepada penjawat awam terutama di kementerian terbabit,”
ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Pemuda AMANAH juga menggesa agar kerajaan mengambil langkah yang
lebih efisyen dan tidak membebankan rakyat dalam menangani penipuan
pakej umrah termasuk meningkatkan pemantauan ke atas semua aktiviti
agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah dan penguatkuasaan
undang-undang yang lebih ketat.
“Tabung Haji boleh dijadikan pusat pengendali permohonan visa umrah
tanpa apa-apa caj dikenakan atas dasar tanggungjawab sosial korporat.
Ini adalah kerana Tabung Haji adalah badan berkanun yang diyakini rakyat
dalam urusan ibadat haji dan umrah yang lebih selamat.
“Hasrat kerajaan untuk mengutip dana secara paksa daripada poket
rakyat melalui IMAMS yang antara lain melibatkan caj GST bagi permohonan
visa umrah telahpun dibatalkan ekoran mendapat tentangan daripada
pelbagai pihak.
“Namun begitu, dasar terbaru kerajaan ini berubah menjadi polemik
apabila menteri kabinet membuat kenyataan bercanggah seolah-olah dasar
ini dibuat secara membabi buta sehinggakan Perdana Menteri Datuk Sri
Najib Razak ‘bersandiwara’ tidak tahu kelulusan kabinet ini.
“Walaupun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
mengakui IMAMS ada dibincangkan kabinet, ironinya mengatakan bahawa
beliau tidak tahu bahawa CEO syarikat pengendali IMAMS iaitu Imams Sdn
Bhd adalah bukan Muslim.
“Kenyataan ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelancongan
dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan
Datuk Seri Nazri Aziz pula menyatakan bahawa pelaksanaan IMAMS tidak
seperti yang beliau inginkan,” ujarnya.
Menurut Faiz lagi, kenyataan bercanggah dan langkah ‘u-turn’
menteri-menteri kabinet ini menunjukkan kecelaruan dan haru-biru
pentadbiran Putrajaya hari ini.
“Amat menyedihkan apabila mereka seolah-olah meletakkan kesalahan ke
atas penjawat awam kononnya gagal memberikan maklumat tepat atau
melakukan kerja dengan tidak teratur dan efisyen.
“Persoalannya bagaimana dasar IMAMS ini boleh diluluskan kabinet dan
dibawa ke perbahasan peringkat jawatankuasa bajet kementerian di
Parlimen tanpa maklumat lengkap tentang perkara teknikal termasuk
senarai pemilik dan pengarah syarikat dan butiran caj,” soalnya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan