Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengingati rakyat negeri itu
betapa musibah banjir yang sedang dialami mereka adalah ujian Allah
bagi menguji keimanan dan kesabaran.
Sehubungan itu, menurut beliau, semua pihak perlu memastikan
keselamatan keluarga khususnya anak-anak kecil diutamakan dan menjauhi
risiko berbahaya.
"Maklumkan dalam kadar segera kepada pihak keselamatan jika berlaku apa jua kemalangan yang tidak diingini.
"Dalam situasi hujan yang masih tidak menentu dan air didapati naik dengan cepat di beberapa lokasi.
“Saya berharap kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah hendaklah
membuat persiapan berpindah seberapa segera sebelum menjelang waktu
malam.
"Ini bagi memudahkan pihak berwajib mengendalikan urusan di pusat
pemindahan selain keselamatan nyawa mestilah diutamakan," katanya dalam
kenyataan kepada media di Kota Bharu, hari ini.
Terdahulu, Kelantan dilaporkan mencatatkan hampir 1,000 mangsa banjir
yang sudah di tempatkan di pusat pemindahan antaranya di daerah Kota
Bharu, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Kuala Krai sejak kelmarin.
Sementara itu, Ahmad menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat
khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan
bermunajat di seluruh masjid dan surau seluruh Kelantan.
"Ia bagi memohon kepada Allah agar dilindungi rakyat negeri ini
daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat
manusiawi.
"Semoga situasi banjir di negeri ini tidak berpanjangan dan mereka
yang berada di pusat pemindahan dapat pulang ke rumah masing-masing
dengan selamat," katanya.
Tambah beliau, orang ramai boleh merujuk maklumat semasa banjir di
Kelantan bagi membuat persediaan melalui laman
http://ebanjir.kelantan.gov.my/p_pmrpt04.php dan
Publicinfobanjir.water.gov.my
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan