1. Kenyataan Abdul Hadi tentang menamakan bakal PM sebagai bercanggah dgn adab Islam adalah kenyataan songsang dan mundur ke belakang. Kenyataan itu bertujuan menghiburkan Najib serta memberi nafas kpd Umno dalam suasana bahang PRU 14 semakin membara kini.
2. Jika Pas tidak mahu menamakan bakal PM drpd Pas atau Ikatan, atau Abdul Hadi sedar dia tidak dinamakan oleh pihak lain sebagai PM atas kapasitinya sebagai presiden parti, itu bukan ukuran utk menghukum tindakan pihak lain bercanggah dgn adab Islam.
3. Menamakan bakal PM adalah perkara biasa dalam realiti politik dan
pentadbiran negara ini. Bahkan dlm situasi tertentu, ia diperlukan utk
memudahkan pengundi menentukan keputusan parti mana yg akan dipilih utk
menerajui kerajaan.
4. Jika dikata bercanggah dgn adab Islam, yg mana satu adab Islam yg dicanggahi? Amalan itu bukan khianat, bukan tipu, bukan manipulasi, tetapi ia adalah bukti komitmen pihak yg menamakannya utk berkhidmat sedaya mungkin kpd rakyat.
5. Dalam sejarah Islam sendiri, Abu Bakar menamakan Umar sebagai penggantinya. Bahkan menurut ulama seerah, Nabi sendiri secara tidak langsung seolah-olah menamakan Abu Bakar sebagai pengganti baginda apabila Abu Bakar diminta mengimami orang ramai ketika baginda gering.
6. Dalam sistem beraja juga amalan ini berlangsung. Perlantikan raja muda atau pemangku raja adalah penamaan bakal raja. Kenyataan bahawa amalan itu bercanggah dgn adab Islam tidak menepati realiti semasa bahkan realiti seerah dan sejarah.
7. Menurut Dr Rozaimi Ramle seorang pensyarah, hadith Bani Amir yg dijadikan hujah oleh Abdul Hadi dalam isu ini tidak merujuk kpd menamakan bakal pemimpin utama atau PM. Hadith itu berkaitan soal meminta jawatan. Bahkan status kesahihan hadith itu juga dlm perhatian para pengkaji hadith.
8. Jika meminta jawatan dalam situasi khusus dibenarkan oleh agama dan tidak dianggap bercanggah dgn adab Islam, takkanlah menamakan bakal PM utk Malaysia bercanggah pula. Kedudukan sebagai parti berlabel Islam tidak bermakna hanya apa yg Pas buat saja yg menepati Islam.
9. Dunia politik kini bukan seperti pada zaman Abdul Hadi ditakbiri kerana kelantangan ceramahnya pada era Amanat Banggol Pradong. Orang ramai kini tidak mudah terpesona apatah lagi terkesima dgn sebarang kenyataan bernada rasa diri suci atau anggap orang lain semuanya kotor.
10. Najib tentu senang hati sekali dgn kenyataan Abdul Hadi itu, seolah-olah hanya dia yg layak kekal sebagai PM, dan kedudukan dia sebagai PM menepati adab Islam kerana menamakan orang lain sebagai penggantinya bercanggah dgn adab Islam.

0 comments:
Catat Ulasan