AMANAH akan pastikan Dun Pantai Merdeka tidak lagi dimiliki Umno-BN

AMANAH kawasan Sungai Petani, Kedah yang telah bertapak seawal 2015 lagi, begitu komited menangani setiap permasalahan yang dihadapi penduduk.

Melalui pembentukan jawatankuasa dan penyusunan struktur yang berdaya saing, AMANAH berjaya bergiat aktif khususnya bagi Dun Pantai Merdeka yang tidak diberi perhatian seruis oleh wakil rakyat BN yang mewakili kawasan tersebut.

div> Menurut Ketua Pemuda AMANAH kawasan Sungai Petani, Abdullah Suady Ramadhan Mohd Nasir, AMANAH optimis dengan kesedaran dan kepedulian para pengundi di Dun Pantai Merdeka, kerusi sedia ada mampu dirampas kembali dari tangan BN.

“Reputasi wakil rakyat BN sedia ada, Dato Ali Yahya begitu lemah untuk mengutarakan pelbagai isu rakyat tempatan sejak lima tahun menjadi wakil rakyat Dun Pantai Merdeka.

“Banyak aduan daripada penduduk tempatan diajukan kepada AMANAH kawasan apabila Adun BN tersebut gagal untuk membantu menyelesaikan pelbagai isu.

“Isu seperti kawasan yang kerap dilanda banjir seperti di Kampung Tengah, Padang Tembusu telah dilanda banjir lebih tiga kali sejak tahun lepas tidak diberi perhatian hingga kini,” jelasnya.

Malah katanya, suara-suara nelayan kecil yang dihimpit dengan pelbagai masalah kemudahan asas dan keperluan mereka tidak dipedulikan oleh wakil rakyat BN tersebut.

“Adun BN tersebut hanya kembali turun padang pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum ke-14 yang begitu hampir kini.

“Selain itu masalah rakyat daif, miskin dan melarat juga kurang diberi perhatian oleh wakil rakyat Umno-BN.

“Terlalu banyak masalah tempatan yang belum dapat diselesaikan walaupun tempoh hayat pentadbiran kerajaan negeri hampir berakhir,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu tegasnya, bagi memastikan momentum perubahan yang kini amat disedari oleh rakyat mampu membawa perubahan drastik, maka AMANAH telah memberi khidmat yang semaksimum mungkin.

“Sebagai bukti AMANAH telah pun menubuhkan Pusat Peduli Rakyat dan menggerakkan sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi urusan kerja-kerja kebajikan dan bantuan bencana.

“Kerja-kerja penerangan turut diperkasakan sama ada dengan cara konvensional seperti ceramah, penerangan dan edaran risalah sehinggalah dengan menggunakan teknologi terkini.

“Manakala di peringkat tenaga kerja pula, AMANAH Sungai Petani, telah diwakili oleh begitu ramai bekas aktivis Pas dan Umno,” tambahnya.

AMANAH Sungai Petani, Kedah komited menangani setiap permasalahan yang dihadapi penduduk.
Katanya lagi, kebersamaan mereka telah melancarkan kerja-kerja teknikal AMANAH untuk bergerak sebagai pemenang di Dun Pantai Merdeka.

“Dengan jumlah pengundi melebihi 38 ribu, AMANAH yakin Dun Pantai Merdeka mampu untuk menyumbang satu lagi kerusi kemenangan buat Pakatan Harapan (PH) negeri Kedah.

“Berkat turun padang sehingga ke akar umbi tanpa henti serta komitmen bersama-sama dengan anggota parti komponen PH lain, suatu kejutan yang belum pernah terlintas di pemikiran Umno-BN akan menjadi realiti.

“Yang pasti AMANAH telah, sedang dan akan terus meningkatkan gerak kerja bagi memastikan kerusi Dun Pantai Merdeka tidak lagi menjadi milik Umno-BN dalam pilihan raya umum tidak lama lagi,” katanya yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan