Melayu akan tolak Najib, Dr M seru India, Cina bersama mereka

KAPAR: Calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi India dan Cina untuk bersama-sama pengundi Melayu menolak Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum nanti.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) kelihatan yakin kerana percaya pengundi Melayu masih bersama mereka namun hakikatnya tidak sebegitu mudah.

“Kerajaan percaya Melayu akan sokong mereka kerana mereka kata Melayu ini mudah dibeli. Tapi saya rasa tidak, saya rasa kali ini Melayu akan tolak kerajaan hari ini,” katanya ketika berucap di majlis sambutan Perayaan Ponggal peringkat Kapar hari.

Beliau kemudian mengingatkan pengundi semua kaum supaya berwaspada dengan sentimen perkauman yang dimainkan sebelum pilihan raya.

Sementara itu, Dr Mahathir hari ini berikrar akan menjaga keperluan masyarakat India dengan lebih baik sekiranya beliau menjadi perdana menteri sekali lagi.

mahathirpeople
Beliau meminta pengundi menyokong PH agar gabungan pembangkang itu boleh menunaikan ikrar mereka kepada masyarakat India.

“Saya berjanji akan menjaga kebajikan semua kaum,” katanya di depan 300 hadirin di majlis petang tadi.

Pengerusi PH menjalin kerjasama dengan gerakan masyarakat India, Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sejak Ogos tahun lepas untuk menggemblengkan sokongan masyarakat India bawahan.

Hindraf merupakan pergerakan kaum India yang terkenal dengan protes besar-besaran beberapa bulan menjelang PRU 2008, yang menyaksikan kekalahan besar BN dan peralihan sokongan India kepada pembangkang di kerusi majoriti kaum itu.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan