Oleh Amni Jagat
Melayu adalah suatu kaum yang unik dalam menilai keupayaan mereka untuk melahirkan sokongan terhadap gerak kerja politik.
Apatah lagi melayu Johor yang dilihat sebagai melayu yang mempunyai pandangan pasif pada politik di negara ini.
Sememangnya sesiapa yang bergerak atas nama pembangkang ia akan lebih merumitkan lagi.
Sebelum ini saya melihat gerak kerja yang pernah dilakukan
pembangkang (waktu itu Pakatan Rakyat -PR) semasa Pilihan Raya Umum yang
ke13 (PRU13).
Kesempatan itu diambil bagi menimba pengalaman untuk memikirkan
apakah mekanisma yang terbaik untuk mendekati hati rakyat khususnya
Melayu di luar bandar.
Ternyata apa yang berlaku selepas keputusan PRU13 yang lalu adalah
sesuatu jawapan untuk pembangkang mewujudkan mekanisma yang lain.
Sebelum ini saya bekerja di Felda Layang-Layang di bawah Parlimen
Simpang Renggam, Denai di Dun Kempas dan beberapa tempat yang
terdapatnya melayu di kawasan pendalaman.
Apa yang saya temui adalah suatu yang mencabar di mana pelbagai
aktiviti yang dilakukan di kawasan tersebut dan gelombang yang berlaku
pada PRU13 ternyata langsung tidak membantu malah penurunan peratusan
undi itu berlaku pada kawasan-kawasan yang dimaksudkan di atas.
Hakikatnya dalam percaturan tersebut pembangkang hanya bermain digit-digit fantasi.
Namun pada beberapa hari yang lalu sewaktu saya sendiri meninjau
keadaan di sekitar Johor selatan bagi menyelami sendiri perasaan orang
kampung, saya dapati ianya berbeza.
Bila soalan diajukan pada pengundi di luar bandar ianya mulai berbeza dan menunjukkan sedikit kelainan daripada sebelum ini.
Saya membuat pemantauan di kawasan Kampung Melayu Laut yang mana
sudah pastinya melayu di sini adalah melayu yang cara pemikiran serta
sikap mereka agak keras dan berpendirian lama atau tidak berani
melakukan perubahan.
Pada pengamatan saya, pastinya saya tidak akan mendapat sebarang
maklum balas yang baik oleh responden terhadap Pakatan Harapan (PH).
Ternyata apa yang saya amati sebelum ini meleset sama sekali. Apabila
soalan demi soalan ditanya, ternyata ia membuahkan hasil yang berbeza.
Saya bertemu dengan seorang warga emas yang memang selama ini
mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan bagi menyara
kehidupannya. Beliau juga adalah seorang yang tegar Umno dan orang kuat
ketua kampung di kawasan berkenaan.
Bila ditanya dengan soalan antara Najib dan Mahathir siapakah yang
akan diundi beliau, beliau menjawab “Mahathir’. Berulang kali saya tanya
kerana ingin memahamkan situasi bahawa Mahathir bukan dari Umno, namun
jawapan orang tua berkenaan adalah sama yakni “undi Mahathir”.
Soalan yang seterusnya ditanya adalah berkenaan dengan pandangan
orang kampung yang lain. Jawapan warga emas itu tetap sama “orang
kampung mahu undi Mahathir”.
Beliau juga maklum berkenaan dengan wujudnya parti ‘Bunga Raya’ atau
PPBM dan kompenen parti yang lain termasuk AMANAH. Ini adalah suatu
cerminan di minda dalam saluran satu inginkan perubahan.
Bila ditanya mengapa mahu mengundi Mahathir, jawabnya, ‘”sebab Mahathir lebih tahu tentang Malaysia berbanding Najib”.
Ini adalah salah satu faktor gelombang yang tidak dijangka oleh saya.
Suasana ini tidak ditemui dalam mana-mana PRU yang saya lalui. Malah
warga emas itu menyambung dengan menyebut “kami akan undi sesiapa yang
bersama Mahathir kerana jika yang lain kalah bagaimana Mahathir nak
memerintah negara semula”.
Pandangan tentang perubahan minda melayu pendalaman ini adalah suatu
yang luar biasa dan ia perlu diambil cermat oleh PH sekiranya gelombang
ini mahu disambut baik oleh masyarakat melayu pendalaman.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan