Doa kontroversi: Mais gantung pentauliahan Ahmad Dusuki hingga siasatan selesai

Oleh DALIA ISMAIL

Majlis  Agama Islam Selangor (Mais)  hari ini, dipercayai secara rasmi menghantar surat penggantungan pentauliahan mengajar kepada Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani  serta merta, sementara siasatan dilakukan berhubung aduan dan laporan media berkaitan doa yang dibacanya  sempena sambutan 10 tahun Pas berada dalam kerajaan negeri itu.

Dalam kandungan surat yang menjadi viral sejak petang tadi, menyebut pengantungan itu dilakukan Jabatan  Agama Islam Selangor (Jais) kerana  Ahmad Dusuki  melanggar suatu kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Tauliah (Negeri Selangor ) Tahun 2008 Pindaan 2015.

Penggantungan itu menghalang Ahmad Dusuki  daripada mengajar agama Islam atau apa-apa perkara berkenaan agama Islam di dalam Negeri Selangor yang dikuatkuasakan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiraan Agama Islam (Negeri Selangor ) Tahun 2003 Pindaan 2015.

Surat berkenaan telah ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa Tauliah Mais Mohd Shahzihan Ahmad

Sejak beberapa hari lalu viral di laman sosial dan media berkaitan doa kontroversi Ahmad Dusuki yang antara lain disebut dalam doanya: “Kami memohon untuk mengadu pada kamu ya Allah betapa lamanya bumi Selangor ini dijajah dengan suasana yang tidak cara agama ya Allah” pada Program Munajat dan Ceramah Pas Selangor pada Sabtu lalu di Shah Alam.

Semalam turut dilaporkan Gabungan Badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis ekoran doa yang dipimpin oleh Ahmad Dusuki.  Sebanyak  10 NGO Islam  itu  mempersoalkan kandungan doa tersebut yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Pas Selangor itu turut mempertikai kedudukan Sultan dan institusi Islam.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan