Pas dukacita nasib menimpa Najib


ARAU: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dihormati.

Dalam masa sama, Pas juga menzahirkan rasa dukacita dengan apa yang berlaku terhadap Najib dan berharap beliau terus bersabar dalam mendepani ujian tersebut.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, semua pihak perlu menerima sebarang keputusan mahkamah tersebut.

“Kita doakan Najib terus bersabar dan dapat menguruskan apa-apa langkah yang patut dibuat.

“Kita berdoa agar Allah SWT menerima Najib sebagai hamba yang baik dan jika mempunyai kesalahan ampunkan dosanya.

“Dalam negara demokrasi ini, kita perlu menghormati keputusan mahkamah dalam menegakkan undang-undang ini,” katanya.

Terdahulu panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu juga dipercayai dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara 12 tahun dan difahamkan perkara itu dimaklumkan menerusi satu notis waran penjara sejurus selepas keputusan mahkamah.

 

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan