Oleh Mahfuz Omar
1. Tindakan kerajaan Indonesia merampas kapal layar mewah di Bali milik
hartawan kontroversi Low Taek Jho @ Jho Low yang didakwa diperoleh
menggunakan wang 1MDB begitu *menggemparkan dan memalukan negara*. Media
Indonesia melaporkan operasi merampas kapal bernama The Equanimity yang
dibina dan diselenggarakan dengan menggunakan lebih daripada AS$250
juta daripada dana 1MDB adalah hasil kerjasama polis Indonesia dan Biro
Siasatan Persekutuan (FBI), AS.
2. Isu 1MDB bagi Jabatan
Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sudah menjadi isu global dengan negara
Indonesia termasuk antara antara negara yang melancarkan ‘serangan’ dan
buruan ke atas semua yang berkaitan dengan 1MDB. Indonesia, walaupun
jiran dan saudara serumpun dengan Malaysia, bertindak tegas tanpa
kompromi terhadap kapal itu. Timbalan Pengarah Jenayah Ekonomi dan Khas
Kombes Daniel Silitonga memberi jawapan yang begitu tegas iaitu : "
*Yang penting, pada prinsipnya, kejahatan jangan sampai menang.
Undang-undang yang harus menang,*"
3. Isu rampasan kapal layar
ini sepatutnya *telah sampai ke titik terakhir kerajaan dan rakyat
Malaysia*. Jika AS dan seluruh dunia begitu tegas dalam soal menjulang
keadilan dan menentang kezaliman, tidak wajar bagi Malaysia mendiamkan
diri begitu sahaja. *Isu 1MDB sudah tidak mampu disembunyikan kerana
‘bangkai dinasour’ ini sudah berbau busuknya ke seluruh dunia*. Apakah
kita tidak malu ketika seluruh dunia memerangi korupsi, rasuah,
penyelewengan dan ketidak adilan yang berpunca dari negara ini,
*Malaysia mengambil sikap membisu serta mendiamkan diri*. Malah Peguam
Negara AS Jeff Sessions menyifatkan skandal 1MDB kleptokrasi paling
teruk di dunia dengan lebih AS $ 4.5 bilion secara keseluruhan
penggubahan wang haram dibuat menerusi urus niaga haram yang kompleks
dan syarikat cengkerang dengan akaun bank di pelbagai negara seperti
Switzerland, Singapura, Luxembourg dan Amerika Syarikat.
*RAMPAS KAPAL PENCURI DUIT 1MDB BUKAN CAMPUR TANGAN ASING*
4. Dalam rampasan di Bali semalam juga, 34 orang anak kapal berada di
situ tetapi tiada kelibat Jho Low dilaporkan. Beliau adalah suspek yang
disasarkan namun mujur beliau tiada di dalam kapal terbabit. Jho Low
sudah menjadi pelarian dengan banyak negara melancarkan operasi memburu
beliau seumpama pengganas antarabangsa. Nama beliau cepat naik tetapi
beliau *populariti dengan cara yang amat memalukan negara*. Saya hairan
bagaimana manusia seperti ini boleh *berkawan dengan pembesar negara,
menjadi anak emas pemimpin negara, hidup bebas dan mewah hasil ‘duit
haram’ dan aset milik negara*. Apa yang istimewanya Jho Low dengan
memiliki kapal mewah ini berbanding penduduk kampung dan rakyat kelas
menengah dan rendah yang lebih memerlukan duit negara daripada beliau.
5. Isu 1MDB bukan modal politik pembangkang di musim pilihan raya.
Tindakan merampas kapal mewah The Equanimity bukan di arah atau
dirancang oleh pemimpin pembangkang dengan kerjasama kerajaan AS.
*Jangan pula nanti ada tuduhan mengatakan ia adalah campur tangan kuasa
asing atau mengundang campur tangan asing ke negara ini*. Janganlah pula
PM hilang ilhamnya mencari tarikh keramat PRU ke 14 kerana meletupnya
isu ini ketika ini.
6. Kes yang berlaku ini adalah tindakan
negara-negara di dunia, yang melihat kesalahan yang begitu jelas dan
besar dan tidak boleh diterima oleh akal yang waras. *Bagi negara yang
demokratik, bebas dan telus, isu ini ibarat ‘boleh meruntuhkan langit*’.
Tetapi bagi negara yang Indeks Persepsi Rasuahnya merudum, skandal
*1MDB adalah satu daripada koleksi bermasalah yang boleh diselesaikan
dengan hanya menutup mata dan mulut*.
7. 1MDB adalah kesalahan
pemimpin negara, yang salah urus tadbir dan pencurian dana negara. Jika
Malaysia gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu 1MDB serta
mengheret Jho Low ke muka pengadilan, *maka negara-negara lain
membuktikan dengan usaha agresif seperti rampasan kapal ini dapat
membantu menyelesaikan skandal terburuk di dunia*. Malulah terhadap
negara lain, ketika maruah negara sedang dilihat dengan segala pekung
dibuka, *Malaysia masih mahu menafi, menyalahkan pihak lain malah
berbangga dengan kesalahan diri*.
*DATO' HJ MAHFUZ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
12pm Langkawi Permata Kedah
1 Mac 2018/13 Jamadilakhir 1439H
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan