Akhirnya Nik Beduh Yang Termakan Sumpah jadi Abu

Oleh Wfauzdin Ns

Mula2nya Nik Beduh kata, karut, fitnah dan menyumpah jadi abu, apabila isu suaranya diviralkan. Tiba2 hari ini, partinya sendiri mengaku memang itu suara Nik Beduh.

Cuma, ejas sikit la nak cover. Tak kisah la nak ejas tu, apa yg penting lebai Nik Beduh terbukti menipu apabia tidak mengaku sebelum ini. Sumpahnya jadi abu dah makan tuan.

Takiyudin pula kata, Arwah Tok guru Nik Aziz pun pernah terima sumbangan Umno untuk madrasah Darul Anuar. Alahaii...itu sumbangan untuk madrasah, masuk dalam akaun madrasah. Mengapa petik nama Almarhum Tok Guru untuk menyamakan dengan isu sekarang? 

 Apa yang penting, dalam audio Nik Beduh itu jelas menyatakan memang parti terima duit Umno, Hadi pun terima, ramai yang terima, dia kata Di antara alasan Nik Beduh di dalam audio tersebut mereka terima duit Umno untuk melawan Dap. Ada ahli2 Umno menyumbang kepada madrasah seperti yang disebut oleh Takiyudin tu bukan untuk melawan Dap, tetapi untuk pengajian madrasah tersebut. Jauh beza tu.

Walaun seronok apabila SPRM kata tiada RM90 Juta di dalam akaun partinya. Tiada di dalam akaun parti, itu bukan alasan kukuh untuk menyatakan pemimpin parti berkenaan tidak menerima duit dari Umno. Duit RM2.6 Bilion itu pun tiada di dalam akaun Najib. Najib tidak bodoh untuk simpan duit dalam akaun yang biasa beliau gunakan. Adakah Najib boleh nafikan telah menerima duit itu?

Ada beberapa pimpinan part lebai yang telah dinamakan oleh Rafizi di dalam akuan bersumpahnya telah menerima wang dari Umno Bagaimana dengan akaun mereka? Khabarnya ada lapan lagi pimpinan parti berkenaan akan disiasat oleh SPRM. Kisah ini belum selesai lagi. Sarawak Report masih kekal dengan dakwaannya terhadap isu ini apabila Hadi tidak mahu menyanggahnya malah menarik balik saman ke atas akhbar berkenaan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. Alhamdulillah, kini ternyata benar apa-apa yang didedahkan oleh Saudara Rafizi Ramli dalam isu ini walaupun pada ketika itu secara berjemaah pewalak (taat buta tuli) PAS mencerca Saudara Rafizi.

    BalasPadam
  2. Semoga Allah SWT merahmati Saudara Rafizi dan semua pihak yang membongkar kemungkaran ini. Kalau ikut Hukum Hudud, apalah hukumannya ke atas orang seperti Nik Abduh ini dan penerima wang UMNO itu, ya?

    BalasPadam