Oleh ZULHAZMI SHARIFF
Hai… nama aku Zulhazmi… aku berumur 42 tahun.. aku dilahirkan di
Kampung Kota Bukit , Kedah dalam keluarga yang menentang Umno. Kami
sekeluarga penyokong Pas melawan Umno.
Semakin remaja di alam sekolah menengah, aku masih menyokong Pas
dengan seluruh keluarga aku.
Di mana ada pilihan raya umum atau pilihan
raya kecil, aku dengan abang-abang akan ikut ayah turun menyumbang
tenaga untuk menumbangkan Umno yang bagi kami zalim. Tahun 1990 paling
seronok kerana muncul gabungan Angkatan Perpaduan Ummah antara Pas
dengan Semangat 46 hingga berjaya menjatuhkan Umno di Kelantan.
Meningkat dewasa di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1993 – 1999
aku tak aktif politik dalam kampus sebab bagi aku politik kampus ni poyo
saja. Ramai kawan-kawan aku di sekolah dan di kampung aktif dalam
politik kampus sehingga menjadi antara pimpinan tinggi persatuan
mahasiswa dalam kampus. Aku tak terlibat dalam politik kampus tapi bila
balik dari kampus ke kempung, aku adalah penyokong Pas.
Tahun 1997 – 1998, berlaku pergolakan politik dalam Umno hingga Anwar
dipecat dan dibicarakan. Waktu tu aku antara orang yg paling seronok
memadanmukakan Anwar!!! Padan muka hang kata aku waktu tu. Masa hang
jadik TPM, hang belagak
bukan main, apa hang tak kata kat kami orang-orang Pas ni.
Anwar buat reformasi dalam Umno/BN..?? Ehhh ya ka? Bersepah skandal Anwar masa dia Ketua Pemuda sehingga di TPM.
Tapi bila Anwar dihina, dilayan bagai manusia tak ada nilai, aku yang
ketika itu adalah pelajar di fakulti undang-undang, aku tahu menilai
mana yang zalim mana yang adil. Bagi aku, sejahat mana manusia selagak
Firaun pun, dia tetap maanusia dan tidak layak dilayan seperti itu.
Aku menyokong Pas dan GERAK yang digerakkan oleh Almarhum Ustaz
Fadzil. Aku lupakan saja sejarah Anwar semasa dia dalam Umno walaupun
masih terngiang-ngiang di kepala hinaan dan cercaan dia pada Pas dan
ahli-ahli Pas termasuk aku.
Anwar dilayan begitu teruk oleh Umno yang diketuai Tun Dr. Mahathir ketika itu.. semuanya fakta sejarah yang semua orang tau.
Kemudian Anwar kembali gagah mengetuai pakatan pembangkang dengan nama Pakatan Rakyat.
Terus melawan Umno/BN.
Pernah juga Anwar cuba deal dengan Najib untuk Konsensus Nasional
pada PRU13 disaksikan Pak Jusuf Kalla dengan ditawarkan tempat dalam
kabinet tapi gagal kerana DAP dan Pas tak setuju.
Aku kemudian keluar Pas dan sertai DAP. Aku keluar Pas kerana Pas
tidak lagi lawan Umno sebaliknya barua Umno. Aku sertai DAP sebab DAP
istiqamah lawan Umno dan nak menjadikan Malaysia milik semua.
Dipendekkan tulisan…
Sekarang Pakatan Harapan berjaya jatuhkan Umno/BN. Anwar bebas setelah pengampunan Diraja.
Keluar Anwar mendakwa inilah perjuangan rakyat selama 20 tahun bermula 1998 bila dia dipecat. Ehhh? Perjuangan rakyat?
Aku cuma nak kata “KEPALA BAPAK HANG”
Hang seorang saja ka rakyat Malaysia?? Selama kami lawan Umno sedari hang dalam Umno tak kira kami ni rakyat?
Hang saja hero dalam Malaysia ni? Semuanya hang?
Berpada-padalah Datuk Seri Anwar.
Jangan diulang kesilapan lalu.
Sejarah lama jadikan pedoman dan teladan.
Jangan lajak sangat.
Yang nak masuk mai komen (dalam FB) sat lagi tu, pikiaq dalam-dalam…
hangpa lawan Umno sebab Umno jahat atau sebab Anwar atau sebab Tun….
guna akal bukan otak…
Hormat orang lain sama sebab Malaysia ini hak aku, hak warganegara Malaysia!
Aku
Zulhazmi Shariff
17052018
Bandar Tasik Selatan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
kepala hotak hangjuga zulhazmi,biar rasional sikit
BalasPadam