Wajarkah rundingan MP pembangkang dan kerajaan?

 


Sekali lagi Perdana Menteri Anwar Ibrahim diserang kerana menuntut rundingan sebelum Constituents Development Fund (CDF), (Peruntukan pembangunan untuk kawasan parlimen) sebelum sebahagian CDF disalurkan menerusi pejabat ahli parlimen berkaitan.

PMX tidak meminta agar dijilat bagi memastikan peruntukan tersebut disalurkan. 

PMX hanya mahukan akhlak yang baik bagi menjamin kesejahteraan iklim politik negara.

Jika dulu, PM9 iaitu ahli parlimen Bera, imbalan kepada penyaluran sebahagian CDF melalui pejabat ahli parlimen adalah bagi pembangkang menghentikan usaha menggugat kestabilan kerajaan, yang ketika itu hanya mempunyai majoriti tipis. 

Ia bertujuan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Permintaan PM9 ketika itu diraikan dan dipersetujui oleh ahli parlimen pembangkang. Hasilnya dapatlah kerajaan Keluarga Malaysia berdiri sehingga dibubarkan sendiri oleh PM9.

Kini, PM10 hanya mahukan pembangkang memperbaiki akhlak mereka sendiri agar dihormati oleh penyokong dan bukan penyokong, mendisiplinkan dan menegur penyokong mereka agar tidak terus menerus memfitnah dan mencerca pihak lawan.

Gelaran ejen Zionis, peliwat dan terbaru dajal diberikan kepada PM10. 

Itu belum lagi fitnah demi fitnah yang dilemparkan sehingga mempengaruhi penyokong begitu berani mengeluarkan ugutan bunuh kepada PM10.

Permintaan yang munasabah daripada seorang Islam, daripada seorang pendakwah untuk menjayakan misi Baginda Rasulullah SAW yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (akhlak karimah).

Mesej yang mudah dan jelas, Berjanji memperbaiki akhlak diri dan menegur tingkah laku penyokong yang melampau, maka segala keperluan rakyat akan diikhtiarkan untuk dipenuhi.

Kegagalan pembangkang menjadi uswah hasanah (teladan yang baik) melahirkan pemikiran melampau (ghuluw) dari kalangan pengikut yang boleh mengancam keselamatan negara.

Maka atas tanggungjawab memelihara akhlak, rundingan diperlukan antara pembangkang dan wakil kerajaan yang telah ditetapkan.


AMIDI ABDUL MANAN ialah pengerusi, Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama, PKR.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan