AYER HITAM: Kebanyakan pengundi Cina di sini rata-rata sudah pun
membuat keputusan siapa pilihan mereka pada 9 Mei nanti, di kawasan yang
menyaksikan pertembungan 2 gergasi ahli politik dari kalangan
masyarakat mereka.
Ramai yang ditemui memberikan alasan mereka tidak dapat menerima
calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wee Ka Siong, kerana tidak
menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 25, berkata
beliau tidak mempunyai masalah dengan Wee kerana mengakui kerja yang
dilakukannya di Ayer Hitam.
“Tetapi sekarang tidak suka dia punya bos,” katanya, sambil menambah yang dia “bukan tidak suka BN”.
“Dengan Wee kita tidak ada masalah. Tapi kalau undi Wee sama dengan undi Najib,” katanya.
Chan juga tidak mempunyai masalah sekiranya Pengerusi Pakatan Harapan
(PH), Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.
“Semasa Dr Mahathir jadi perdana menteri, wang Malaysia tidak jatuh
macam sekarang. Sekarang tukar duit ringgit kepada dolar di Singapura
juga sudah sikit,” katanya.
Chan berkata calon PH, Liew Chin Tong juga dilihat mempunyai rekod baik ketika menyandang kerusi Parlimen Kluang.
Suri rumah, Jo Anne, 38, pula memberi alasan kos sara hidup dan
bantahannya terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk tidak
memangkah pada petak BN pada 9 Mei nanti.
Jo Anne berkata beliau masih ingat pembangunan pesat di bawah era Dr Mahathir.
Seorang lagi peniaga Cina yang ditemui di pusat bandar di sini turut memberikan alasan kos sara hidup untuk menyokong PH.
“Kita kali ini bagi ubah kerajaan. Rakyat sekarang susah, dengan GST. Jika PH tidak bagus, kita tukar balik tidak ada masalah.
“Saya juga tidak kisah kalau calon itu Melayu, asalkan bukan BN. Saya juga undi PAS dulu,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan