Nik Nazmi, 36, berkata mengikut perlembagaan parti itu, usia beliau ketika ini tidak membenarkannya untuk mempertahankan jawatan tersebut.
"Jadi, saya akan melihat pilihan-pilihan lain yang saya ada. Malah, saya juga telah berbincang tindakan selanjutnya dengan beberapa kawan dalam dan luar parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Selasa.
Proses pencalonan bagi pemilihan PKR dijangka berlangsung antara 27 hingga 29 Julai ini, sebelum proses pengundian diadakan akhir Ogos.
-- BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan