SST bukan pada kadar 16 peratus, kata timbalan menteri

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ong Kian Ming berkata mencampurkan dua kategori Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menjadi 16 peratus adalah pengiraan yang salah.

Ong, yang sebelum ini adalah pegawai khas kepada menteri kewangan, berkata kadar 10 peratus adalah khusus untuk barangan manakala enam peratus adalah untuk perkhidmatan dan dua kategori berkenaan tidak sepatutnya dicampurkan.

"Saya rasa ada banyak orang yang keliru mengenai SST, di mana cukai jualan adalah 10 peratus dan cukai perkhidmatan 6 peratus.

"Sebenarnya kedua-dua cukai itu mempunyai perbezaannya. Cukai Jualan hanya akan dikenakan ke atas produk yang dibuat di kilang sementara Cukai Perkhidmatan hanya dikenakan untuk perkhidmatan.

"Jadi, kita tidak boleh mencampurkannya menjadi 16 peratus," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bangi itu berkata beliau mengambil maklum tentang perbahasan tentang sama ada sistem SST lebih baik berbanding rejim cukai terdahulu iaitu sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan pada kadar enam peratus.

Bagaimanapun, Ong berkata langkah mudah ialah melihat jumlah cukai yang dipungut di bawah setiap sistem.
"Kerajaan menjana pendapatan kira-kira RM42 bilion setahun melalui GST.

"Tetapi di bawah SST, hanya RM21 bilion akan diperolehi saya fikir ini akan memberi manfaat kepada rakyat kerana (perbezaan) dikembalikan kepada rakyat," katanya.

Beliau menambah bahawa banyak barangan yang sebelum ini dikenakan cukai di bawah sistem GST akan dikecualikan di bawah rejim SST.

"Kesan keseluruhan akan menjadikan kos sara hidup lebih rendah," katanya.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan