Antara Hakim Dan Pendakwah

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

1. Ramai orang suka jadi hakim sebab mudah. Kerja hakim hanya jatuhkan hukuman.

2. Kamu kafir, dia masuk neraka, orang itu liberalis, beliau ahli neraka.

3. Kumpulan itu kaki maksiat, mereka golongan dilaknat, Allah benci puak itu, geng ini Nabi tak mengaku umat.

4. Apabila semua orang jadi hakim, dan semua orang hanya hukum orang lain, akhirnya semua orang masuk neraka.

5. Orang yang hukum orang lain masuk neraka juga masuk neraka apabila dia dihukum oleh orang lain pula sebagai ahli neraka.

6. Tapi tak ramai orang suka jadi pendakwah sebab susah.

7. Pendakwah perlu dekati orang, bercakap baik-baik, jaga hubungan, berbincang dan berdialog, kadang-kadang berdebat berlarut-larut.

8. Bukan setakat itu, pendakwah kena korban masa dan wang untuk mendekati sasaran dakwah.
9. Orang jahil tak suka jadi pendakwah sebab susah dan letih berbanding jadi hakim sebab senang dan relaks.

10. Orang cerdik suka jadi pendakwah sebab dia sukakan cabaran dan pengembangan ilmu dan pengalaman.

11. Pendakwah terdedah kepada kesilapan dan kritikan, lantas dia tak rasa dirinya suci kerana dia sentiasa dihujahi dan didebati orang lain.

12. Hakim pula perasan dirinya suci kerana dia tak perlu berdebat atau berhujah, lantaran dia hanya perlukan beberapa perkataan saja untuk hukum orang lain.

13. Hakim di sini bukan hakim yang menjatuhkan hukuman dalam mahkamah.
14. Tetapi hakim yang tak punya kamar mahkamah.

15. Hakim jenis ini hanya punya akaun FB yabg tak beridentiti benar, lalu di muka FB itulah dia menghukum orang itu ahli neraka atau ahli syurga.

16. Pentaksub Pas ramai jadi hakim di kamar mahkamah FB.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Komen