Mungkin untuk memberikan semangat agar lebih membara, proses penamaan
calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia dimeriahkan dengan
kehadiran bekas Datuk Lokman Noor Adam.
Lokman ialah calon BN yang mendapat sokongan PAS pada PRK Sungai
Kandis namun gagal merampas kerusi dewan undangan negeri (DUN) berkenaan
daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).
Lebih menarik Lokman - bekas panel pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas
(JASA) yang sudah dibubarkan itu - hadir dengan memakai baju istimewa
berwarna merah dan hijau melambangkan 'kemesraan' baru PAS dan Umno.
Baju yang dihasilkan oleh pereka Mega Mahir itu juga tertera satu
logo menunjukkan dua tangan saling bersalam, mewakili Umno dan PAS.
Menurut Lokman baju yang dipakainya itu mungkin contoh pakaian rasmi
untuk Umno dan PAS sekiranya kedua-dua parti itu benar-benar bergabung
kelak.
“Tak ada apa simbolik, saya buat sebagai tanda sokongan padu pada PAS.
"Dalam konteks hari ini PAS jadi sebahagian kerjasama dengan Umno
maka ini mungkin contoh uniform kita akan datang,” katanya
Baju dapat reaksi positif
Lokman, 45, ditemui semasa proses penamaan calon PRK Seri Setia di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya pagi ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Sept ini untuk hari
pengundian bagi PRK Seri Setia dan diadakan serentak dengan PRK
Balakong.
HARAPAN menurunkan muka baru, Halimey Abu Bakar, 46, untuk
mempertahankan kerusi yang dimenangi Allahyarham Dr Shaharuddin
Badaruddin pada PRU ke-14 lalu. Beliau memenangi kerusi berkenaan dengan
kelebihan 19,372 undi mengalahkan calon BN Yusoff M Hanis yang mendapat
9,878
undi dan Mohd Ghazali Daud (PAS) yang cuma memperoleh 4,563 undi.
Kali ini PAS sekali lagi mencabar dengan mempertaruhkan bekas exco
Selangor Dr Halimah Ali. Pada 9 Mei lalu Dr Halimah, 58, gagal
mempertahankan kerusi DUN Selat Kelang yang dimenanginya selama dua
penggal sejak 2008.
Umno pula memberi laluan kepada PAS sebagai menghargai kerjasama diberikan parti itu di Sungai Kandis sebelum ini.
Lokman hari ini hadir dan berjumpa dengan penyokong yang mengiringi Dr Halimah.
Hadir sama, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Wanita Umno
Datuk Noraini Ahmad dan Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris
yang lebih dikenali dengan nama Papagomo.
Menurut Lokman beliau belum mengusulkan reka bentuk baju tersebut
kepada pimpinan parti namun mendapat maklum balas positif daripada orang
yang sudah melihatnya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata
Lokman tampil dengan cara kreatif namun pakaian tersebut tidak
menggambarkan realiti hubungan antara parti PAS dan Umno.
Kata anggota parlimen Kota Bharu itu ada kemungkinan lebih banyak rekaan corak dan baju baru akan muncul selepas ini.
Pada masa sama kata Takiyuddin apa yang dipakai Lokman itu adalah bersifat peribadi dan hasil inisiatif sendiri.
"Hari ini kita tengok kebanyakan (orang) PAS (pakai) baju PAS dan
Umno baju Umno. Cuma Lokman seorang sahaja baju lain, (dan ia) tak
memberikan gambaran keseluruhan.
“Apa yang penting kita nak lihat kejadian hari ini satu tanda lebih
jelas kerjasama terjalin lebih akrab, baju (cuma) sebagai salah satu
elemen kecil,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan