PETALING JAYA: Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menganjurkan
Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) pada 1
September ini di ibu negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kongres berkenaan
bertujuan sebagai wacana kepada usaha kerajaan untuk menggubal agenda
pemerkasaan ekonomi bumiputera yang baharu.
“Kongres ini juga mengenalpasti fokus bidang pertumbuhan baharu untuk
diceburi oleh bumiputera di samping menjalin kerjasama strategik
pelbagai pihak bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi bumiputera.
“Selain usaha menggubal dasar baharu demi menjana pertumbuhan ekonomi
yang pesat, kongres ini juga akan memberi pendekatan kepada penerangan
nilai-nilai positif, moral dan etika serta memberi fokus kepada soal
pendidikan dan modal insan, pembentukan strategi dan penciptaan
kekayaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Azmin berkata, kerajaan juga akan memberi keutamaan terhadap
perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan
aktiviti dalam rantaian nilai.
“Sebagai kerajaan yang peduli rakyat, kongres ini disasarkan untuk
menghasilkan resolusi yang boleh membantu kerajaan merangka strategi
jangka pendek, sederhana dan panjang serta kaedah bagaimana ia boleh
dilaksanakan secara berterusan dan konsisten supaya hala tuju agenda
ekonomi bumiputera lebih jelas dan berkesan.
“Kerajaan juga yakin usaha yang baharu ini akan meletakkan keyakinan
bahawa bumiputera mampu meneraju ekonomi negara dan secara langsung akan
menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan untuk semua rakyat
Malaysia.”
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan