Khianat rakyat jika hentikan BR1M, kata wakil rakyat PKR

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Wakil rakyat PKR membantah keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menamatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan tindakan itu mengkhianati rakyat yang memilih kerajaan baru pada pilihan raya lalu, lapor BH Online.

“Kita tidak boleh khianat manifesto kerana ini adalah janji kita kepada rakyat,” kata ahli parlimen Kapar di Majlis Reformasi 20 Tahun Pulau Pinang malam tadi.

“Kalau nak mansuhkan juga, kos sara hidup seperti minyak dan sebagainya harus turun, baru seimbang.”

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu berkata jumlah pemberian BR1M, kini dinamakan Bantuan Sara Hidup, akan dikurangkan sebelum dihapuskan sepenuhnya.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam dilaporkan berkata BR1M perlu dihapuskan kerana mempunyai unsur rasuah.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan