Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Nuridah Mohd Salleh berkata, ini merupakan kali pertama Muslimat PAS menghadiri persidangan tersebut dan mereka mengucapkan terima kasih kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad dan ahli jawatankuasanya atas jemputan yang dibuat.
“Mungkin ini antara hikmah daripada kekalahan Umno-BN selepas sekian lama memimpin negara.
Mudah-mudahan kepentingan agama dan rakyat Malaysia benar-benar menjadi kenyataan,” kata Nuridahkepada media ketika menghadiri persidangan sayap Wanita Umno di Perhimpunan Agung 2018, di, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Nuridah turut menegaskan kehadiran PAS ke perhimpunan Umno adalah atas dasar permuafakatan sebagai rakan pembangkang.
“Bagi kita apa sahaja yang baik untuk kepentingan agama dan rakyat Malaysia, kita akan bersama-sama seperti apa yang dinyatakan dalam perlembagaan PAS sebenarnya,” katanya ketika ditanya tentang kemungkinan PAS bergabung dengan Umno.
Terdahulu, Nuridah mengetui rombongan Muslimat dan Muhammad Khalil Abdul Hadi mewakili Pemuda PAS hadir pada persidangan sayap Umno sempena Perhimpunan Agung 2018, di, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Nuridah dan Khalil sarta rombongan tiba kira-kita jam 8:15 pagi disambut pemimpin Umno sebagai membalas budi keterbukaan pemimpin Umno menghadiri Muktamar PAS di Terengganu pertengahan bulan lalu.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dijangka akan menghadiri Persidangan Agung Umno mewakili Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada 15 September lalu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengetuai rombongan pemimpin tertinggi parti itu hadir ke majlis perasmian Muktamar PAS Pusat kali ke-64 bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.
bila kalah kata hikmah bila menang kata allah pilih mereka,inilah hipokrit cakap sajalah dah lama pas berkahwin secara senyap dengan umno tapi tak mengaku sampai pas berpecah belah,inilah perangai pemimpin yang akan tenggelam bersama umno tak lama lagi,pergi mamposlah PAS
BalasPadamPenyokong PAS di bawah akan lai meninggalkan PAS sedikit demi sedikit baguslah juga tindakan pas sekarang,nanti pru 15 akan tinggal satu kerusi sahaja,
BalasPadamSemakin jelas bahawa Amanahlah yang meneruskan perjuangan dan prinsip2 TGNA. PAS Hj Hadi adalah PAS yang bersifat oportunis dan berlandaskan kebendaan.
BalasPadamNick.
Cape Tiger.