Dapat pengampunan penuh melayakkan Anwar bertanding di Port Dickson

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak bantahan Pas bagi menghalang Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan@Harun berkata, keputusan itu berasaskan kepada pengampunan penuh yang telah diterima Anwar daripada Yang di-Pertuan Agong pada Mei lalu.

“Kami diberi surat bantahan terhadap pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tetapi SPR mengambil pendirian Anwar berkelayakan jadi calon dan bertanding pada PRK 132 ini.

“Kita telah membenarkan beliau bertanding kerana telah menerima pengampunan penuh daripada Yang Dipertuan sebagaimana mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya dalam sidang media diadakan selepas pengumuman calon-calon yang bertanding bagi PRK Port Dickson di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson hari ini.

Azhar Azizan@Harun

Dalam sidang media sama, Azhar juga menerangkan penolakan borang permohonan bagi Rajendra A/L Amar Sigh kerana gagal mengemukakan pencadang yang baharu setelah memberikan masa selama 30 minit.

“Kertas pencalonan yang ditolak Rajendra A/L Ammasi disebabkan pencadang beliau bukan pemilih berdaftar di P132 Port Dickson.

“Ini adalah selaras dengan peruntukan 4.4 Peraturan 7 Peraturan-peraturan Pilihan Raya dan Perjalanan Pilihan Raya 1983.

“SPR telah memberikan beliau masa hampir 30 minit untuk mecari pencadang yang menepati peraturan tetapi beliau gagal berbuat demikian sehinga tamat masa yang diberikan,” jelasnya antara sebab kelewatan SPR mengumuman nama senarai calon yang akan bertanding pada PRK Port Dickson hari ini.

PRK 132 Port Dickson akan menyaksikan pertandingan 7 penjuru antara calon PH
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhadapan dengan calon Pas Leftenan Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar dan 5 calon bebas terdiri daripada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69, bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan,33, Stevie Chan Keng Leong, 51, Lau Seck Yen, 51, dan Kan Chee Yuen, 45.

Menurut Azhar lagi SPR telah melantik 72 orang pemerhati pilihan raya yang terdiri dariapda agensi kerajaan, NGO dan organisasi berkelayakan organisasi.

Ia terdiri daripada Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya seramai 11 orang; Institut Darul Ehsan (9 orang); Bersih 2.0 (18 orang); Engage (12 orang); Universiti Kebangsaan Malaysia (10 orang) dan Kelab Pemikir Politik Nasional 10 orang.

SPR telah memberikan status pelawat kepada satu badan antarabangsa yang berpengkalan di Australia – Insititu Demokrasi And Electoral Assitance (International Idea) iaitu seramai 2 orang.
“SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi lebih kurang 70 peratus dan berharap
pengundi dapat tunaikan hak dan tanggungjawab pengundi.

“Beberapa penambah baikan turut dilaksanakan di mana terdapat 2 saluran bagi
pengundi 60 tahun ke atas dan tambahan masa membuang undi dari 8.00 pagi hingga
5.30 petang.

“SPR juga menambah 26 saluran baharu di pusat pengundi menjadikan jumlahnya 145
saluran dahulu kepada 171 saluran kini.

“Penambahan petak undi kepada 3 petak undi di mana amalan sebelumnya 2 petak undi,” ujarnya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Seramai 75,770 pemilih berdaftar dengan 68,468 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan 13 Oktober depan sebagai hari mengundi, manakala hari mengundi awal pada 9 Oktober 2018.

PRK Parlimen Port Dickson merupakan PRK keempat diadakan sejak PRU-14 iaitu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan