Pengubahan wang haram: Shafee berdepan 5 tahun penjara

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berdepan 4 tuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung pembayaran berjumlah RM9.5 juta daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Dalam 2 pertuduhan pertama, Shafee dituduh menerima bayaran sebanyak RM4.3 juta dan RM5.2 juta antara Ogos 2013 dan Januari 2014.

Dakwaan berikutnya, beliau dituduh membuat pengisytiharan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi jumlah yang sama antara Mac dan Jun 2015.
Pendakwaan terhadap Shafee dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob.
Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Amla, Shafee berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana membuat pengisytiharan palsu dan 5 tahun penjara kerana menerima RM9.5 juta.

Bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan tuntutan untuk menggugurkan pensabitan liwat, mengatakan dia tidak diberi perbicaraan yang adil, dan mengatakan ada bayaran sehingga RM9.5 juta yang didakwa daripada Najib.

Pemimpin PKR itu berkata keputusan keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan pada 2014, yang mendapati beliau bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilakukan secara tidak berperlembagaan.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar Anwar ke penjara untuk menjalani hukuman 5 tahun.
Kerajaan melantik Shafee untuk mengetuai pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan liwat pada 2015.

Dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Rayuan dan dikeluarkan minggu lalu, pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Siti Rahayu Mohd Mumazaini mengesahkan Shafee menerima RM9.5 juta daripada Najib untuk mengetuai pendakwaan Liwat 2.

Siti Rahayu mendakwa 2 cek bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta dimasukkan ke dalam akaun bank CIMB Shafee pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan