“Mereka (individu yang melakukan rasuah) mungkin di penjara, berapa lama mereka dipenjarakan bergantung pada tahap kesalahan rasuah, dan saya fikir tahap rasuah yang berbeza memerlukan hukuman yang berbeza. Tetapi kami belum mencapai tahap bagi hukuman penjara seumur hidup,” katanya.
Dr Mahathir menjawab soalan sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk “Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam” pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.
Individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara, katanya dan menambah di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.
“Sekiranya anda tidak memahami dalam demokrasi undi paling berkuasa, jadi anda tidak perlu mengamalkan sistem demokrasi,” katanya, sambil menambah di beberapa negara Islam, mereka lebih selesa dengan sistem monarki.
Di sesetengah negara Islam, peralihan kepada sistem demokrasi membawa bencana terhadap negara-negara berkenaan, katanya.
“Setiap kali mereka cuba laksanakan sistem demokrasi, akan ada pertempuran antara mereka dan negara itu hampir musnah,” katanya.
Dalam sistem demokrasi, beliau berkata, rakyat memilih kerajaan dan menyokong kerajaan untuk tempoh masa tertentu.
Bagaimanapun, di beberapa negara Islam, mereka tidak sanggup menunggu sehingga tamat tempoh tersebut dan mahu perubahan segera selepas pilihan raya, katanya.
0 comments:
Catat Ulasan