Penasihat Lawyers For Liberty N Surendran berkata, ini kerana hukuman mati tidak pernah terbukti memberi kesan dalam menghalang atau mencegah jenayah berat.
Menurutnya, terdapat juga orang yang tidak bersalah dituduh bersalah dan dikenakan hukuman mati.
Surendran berkata dari segi moral, keputusan itu baik kerana tidak ada sesiapa yang boleh merampas nyawa seseorang kecuali Tuhan.
Mengulas mengenai sesetengah keluarga mangsa jenayah berat yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan memansuhkan hukuman mati, Surendran berkata pihaknya bersimpati dengan mereka dan reaksi seperti itu boleh dijangka daripada keluarga mangsa.
“Walaupun bersimpati dengan keluarga (mangsa) tetapi masyarakat perlu membuat keputusan apakah yang terbaik dan adalah jelas hukuman mati bukan hukuman yang sesuai.”
Beliau menambah, pemansuhan hukuman mati tidak bermakna penjenayah akan terlepas.
“Mereka masih boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup yang merupakan satu hukuman yang amat berat juga,” katanya.
Sebelum ini, jemaah menteri memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah 8 akta dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata keputusan yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober lalu, turut merangkumi Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971), Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972.
Turut dinyatakan ialah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurut Eric, kajian daripada negara seperti Amerika Syarikat dan Australia menunjukkan tidak ada hubung kait antara hukuman mati dengan penurunan kadar jenayah.
“Secara prinsipnya hukuman mati tidak akan menurunkan kadar jenayah. Apa yang akan menurunkan kadar jenayah adalah pencegahan jenayah atau pihak penguatkuasa perlu meneliti sebab orang melakukan jenayah,” katanya.
Eric berkata, di Malaysia kebanyakan kes yang dikenakan hukuman mati adalah melibatkan kes dadah dan mereka yang disabitkan itu adalah mereka yang membawa dadah dalam jumlah yang kecil.
“Jarang kita lihat dalangnya ditangkap. Pada pendapat kami, sebab-sebab di atas dan juga antara lainnya, hukuman gantung itu melanggar hak untuk hidup,” katanya.
Eric berkata kerajaan juga seharusnya menumpukan kepada rehabilisasi agar mana-mana penjenayah dapat mengubah hidup mereka.
0 comments:
Catat Ulasan