PMX Sebagai 'Anak Jantan ' Memperjuangkan Hak Rakyat Palestin


YAB PM merupakan salah seorang dari pemimpin yang lantang menekankan tentang isu di Gaza. Beliau, semasa sesi ini, sekali lagi telah menunjukkan kecaknaan dan pendirian yang teguh terhadap kekejaman dan kezaliman yang sedang berlaku kepada saudara-saudara kita di Palestine. Tentulah berbeza dengan sikap yang ditunjukkan oleh setengah pemimpin yang semacam ragu-ragu dan bimbang dengan tindakan yang diambil takut kesan 'buruk' yang akan menimpa negara mereka. Amat berbeza dengan tindakan yang diambil oleh PMX - "walk the talk'.

Justeru, YAB PM bersama pemimpin-pemimpin dari Brunei Darussalam dan Indonesia telah mengeluarkan kenyataan media bersama untuk memberi gambaran yang lebih tepat dan adil mengenai perbincangan kemanusiaan di Gaza semasa mesyuarat ini. Di negara kita sendiri seolah-olah semacam tidak ada langsung penghargaan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang hususnya tentang apa yang dilakukan oleh PMX itu. Malang sekali!

Ramai pemimpin dunia termasuklah dari Brunaai Darussalam dan Indonesia telah menyatakan kebimbangan tentang penderitaan dan kesan buruk peperangan serta konflik di seluruh dunia. Mereka menyedari bahawa konflik sebegini boleh membawa kesan yang ketara kepada ekonomi global. Mereka juga telah menggesa gencatan senjata segera dan penghentian keganasan di Gaza apabila melihatkan 'keganasan' yang melampau yang dilakukan oleh kumpulan Zionis Israil. Seolah-olah semacamt idak ada hari esok bagi mereka untuh menhapuskan sisa-sisa bangsa Palestin yang mempertahankan tanah air mereka.

PMX tidak lupa akan rakyat Malaysia yang berada di San Francisco bersempena dengan persidangan APEC di sana. Beliau bersama rombongan sempat mengadakan sesi dialog dan makan malam bersama rakyat dan pelajar Malaysia di San Francisco. Itu amat penting agar rakyat Malaysia yang berada di luar negara tidak dilupakan samada mereka sebagai pelajar atau pun sebagai ahli perniagaan dan telah menjadi rakyat di sana. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Saudara Anwar bahawa beliau dan YAB DS Wan Azizah amat berbesar hati dapat bertemu dan berdiskusi bersama mereka dalam majlis yang cukup santai.

Tanpa ragu-ragu dengan pendirian Malaysia terhadap isu di Palestin kini, dan Semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden pada Jumaat lalu, PMX telah tegaskan betapa penting untuk semua negara untuk berpadu dan dalam satu suara pada saat ini bagi mendesak genjatan senjata di Semenanjung Gaza supaya pembantaian ke atas warga awam termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi oleh rejim ganas Israel ditamatkan. Walaupun itu merupakan 'seruan' yang sukar diterima oleh setengah pemimpin dunia namun Malaysia melalui Perdana Menterinya telah menyampaikan hasrat kebanyakan rakyat Malaysia. Harapan yang meninggi agar dapat ditegakkan keadilan, keamanan dan jamin hak asasi manusia sesegera mungkin!

PMX tidak mengenepikan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan tenaga kesenangan dan kebajikan rakyat Malaysia walaupun berada di perantauan menjalankan tugas yang lain dari sepatutnya yang dilakukan. Lantas beliau telah bertemu dengan ramai pemimpin dunia demi untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan demi untuk menjalin kerjasama ekonomi dan hal-hal lain yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kesejahteraan Malaysia yang boleh dianggap sebagai salah satu prinsip yang menerajui kerajaan Madani. Antara yang ditemui adalah Presiden Indonesia, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Australia dan pimpinan-pimpinan lain. Mereka telah berbicara pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama serta melaungkan komitmen untuk terus bekerjasama rapat menerusi kerjasama pelbagai bidang.

Berdiri sebagai 'Anak Jantan' semasa Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC yang dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden pada Jumaat lalu, beliau menegaskan betapa penting untuk semua negara untuk berpadu dan dalam satu suara pada saat ini bagi mendesak genjatan senjata di Semenanjung Gaza supaya pembantaian ke atas warga awam termasuk wanita, kanak-kanak dan bayi oleh rejim ganas Israel ditamatkan. Ditambahnya lagi bahawa pemimpin dunia harus menegakkan keadilan, keamanan dan jamin hak asasi manusia sesegera mungkin.

Menyertai sesi Dialog Tidak Rasmi dan Makan Tengah Hari Pemimpin Ekonomi APEC yang berlangsung di Moscone Centre, San Francisco yang telah dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden dengan dihadiri oleh semua pemimpin APEC lain, beliau telah menyuarakan keresahan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat rejim zionis Israel yang tidak henti-henti.Telah ditegaskannya apa yang berlaku di Gaza jelas menyerlahkan kegilaan menidakkan tanggungjawab moral yang membenarkan kemusnahan besar-besaran berlaku seterusnya mengakibatkan malapetaka iklim. Dalam majlis sama, beliau turut menegaskan bahawa negara maju perlu melakukan lebih banyak lagi untuk memikul tanggungjawab dan membantu negara membangun dalam peralihan tenaga.

Usaha yang telah dilakukan oleh pemimpin negara kita bukan kecil dan telah membuka 'mata dunia' bahawa sudah ada pemimpin khususnya Perdana Menteri dari Malaysia sudah sanggup 'bersepak terajang' di arena antara bangsa yang mempersoalkan tentang kebajikan manusia sejagat. Bangsa kita bukan lagi berjuang ala kekampungan tetapi telah mula mengeluarkan taring demi untuk menunjukkan bahawa bangsa Malaysia juga harus dihormati oleh dunia. Persitiwa di Gaza yang membabitkan rakyat Palestin telah amat menyentuh hati dan perasaan rakyat Malayisia yang cinta damai. Lantas pemimpin ulung PMX bangun menentang dan 'melenting'.

Yang agak menyedihkan kita ialah kemana 'hilang'nya pejuang-pejuang pembangkang yang kononya merupakan pejuang tulin yang sentiasa mendabik dada yang kononya memperjuangkan negara Islam. Mereka juga harus bersikap 'anak jantan' seperti PMX. Ataupun sekuran-kurangnya berikanlah sedikit penghargaan kepada perjuangan PMX berkenaan.

Fikirkanlah...

abuhassanadam

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan