Peruntukan tambahan nelayan, petani, peladang sedang dipertimbangkan, kata Anwar

Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada golongan miskin khususnya nelayan, petani dan peladang bagi membantu meringankan beban sara hidup, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat semalam beliau membangkitkan nasib golongan ini yang miskin, manakala peruntukan buat mereka dalam Belanjawan yang dibentangkan pula agak kecil, malah ada juga insentif bantuan yang dipotong.

“Saya sebagai Anggota Parlimen semalam meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya pertimbangkan balik, kalau boleh bagi peruntukan kepada orang miskin dan beliau jawab terus… dan (dia) pertimbangkan untuk laksanakan segera,” katanya dalam ucapan pada majlis Ucapan Terima Kasih kepada Ejen Tempat Mengundi/Ejen Mengira Undi semalam.
Beliau memberi contoh perkampungan Port Dickson sendiri yang mempunyai empat perkampungan nelayan Melayu dan dua perkampungan nelayan Cina serta estate yang rata-rata penduduknya terdiri daripada kalangan orang miskin.

Semalam, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat Anwar meminta kerajaan untuk terus membantu golongan petani, nelayan, peladang dan pekebun kecil susulan pemotongan beberapa insentif buat golongan ini.
Katanya sebahagian besar kelompok masyarakat itu adalah kalangan miskin yang memerlukan bantuan kerajaan demi kelangsungan hidup.
Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan peruntukan tambahan kepada golongan miskin khususnya nelayan, petani dan peladang bagi membantu meringankan beban sara hidup, kata Anggota Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat semalam beliau membangkitkan nasib golongan ini yang miskin, manakala peruntukan buat mereka dalam Belanjawan yang dibentangkan pula agak kecil, malah ada juga insentif bantuan yang dipotong.
“Saya sebagai Anggota Parlimen semalam meminta Menteri Kewangan Lim Guan Eng supaya pertimbangkan balik, kalau boleh bagi peruntukan kepada orang miskin dan beliau jawab terus… dan (dia) pertimbangkan untuk laksanakan segera,” katanya dalam ucapan pada majlis Ucapan Terima Kasih kepada Ejen Tempat Mengundi/Ejen Mengira Undi di sini, hari ini.
Beliau memberi contoh perkampungan Port Dickson sendiri yang mempunyai empat perkampungan nelayan Melayu dan dua perkampungan nelayan Cina serta estate yang rata-rata penduduknya terdiri daripada kalangan orang miskin.
Semalam, ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat Anwar meminta kerajaan untuk terus membantu golongan petani, nelayan, peladang dan pekebun kecil susulan pemotongan beberapa insentif buat golongan ini.
Katanya sebahagian besar kelompok masyarakat itu adalah kalangan miskin yang memerlukan bantuan kerajaan demi kelangsungan hidup.


Berita penuh https://malaysiadateline.com/peruntukan-tambahan-nelayan-petani-peladang-sedang-dipertimbangkan-kata-anwar/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan