Utamakan peruntukan sekolah agama rakyat, institusi pendidikan Islam di Pulau Pinang


Walaupun peruntukan untuk hal ehwal agama Islam negeri Pulau Pinang meningkat pada tahun ini, perhatian serius perlu diberikan terhadap perkembangan sekolah agama rakyat dan institusi pendidikan Islam yang lain.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Faiz Fadzil ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada 40 masyarakat keturunan India di Sama Gagah, Permatang Pauh kelmarin.

Jelas beliau pertambahan peruntukan sebanyak RM56.8 juta bagi perkembangan hal ehwal agama Islam membuktikan kepedulian kerajaan negeri.Ut
Namun begitu katanya, perhatian yang lebih serius harus diberikan kepada perkembangan sekolah agama rakyat yang begitu banyak di Pulau Pinang.

“Tidak dapat dinafikan sumbangan tambahan tersebut adalah menyeluruh bagi beberapa institusi pendidikan Islam seperti Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok, Sekolah Agama Rakyat, Kafa, Tadika Islam dan sebagainya.

“Sememangnya ia dapat membantu meringankan beban sekolah agama rakyat yang semakin bercambah.

“Walau bagaimana pun dengan jumlah sekolah-sekolah agama rakyat yang melebihi 180 buah sudah pasti setiap peruntukan akan hanya dapat diagihkan dalam kuantiti yang sedikit, ” ujarnya.
Faiz menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas di Permatang Pauh semalam.

Sehubungan itu katanya, adalah diharapkan peningkatan jumlah peruntukan kali ini turut dapat ditambah dengan kuantiti agihan yang lebih banyak kepada sekolah agama rakyat.
Malah tegasnya lagi, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan barisan exco dapat memberi perhatian serius terhadap saranan tersebut.

“Ia bukan saja boleh ditambah kepada sekolah agama rakyat, tetapi juga kepada sekolah pondok dan maahad tahfiz yang masih berada dalam keadaan memerlukan.

“Perlu diketahui bahawa pembangunan sekolah agama rakyat tidak tertakluk kepada bantuan kerajaan pusat dan harus diberi perhatian serius oleh kesemua kerajaan negeri.

“Subjek dan cabang ilmu Islam yang diajar di sekolah agama rakyat lebih banyak termasuklah tauhid, sirah, syariah, bahasa Arab dan lain-lain subjek jika dibandingkan dengan institusi pendidikan Islam yang lain, ” tambah Faiz lagi.

Justeru itu saran beliau, semua pimpinan kerajaan negeri harus peka dan sedar bahawa peningkatan jumlah agihan tersebut mesti mencapai sasaran yang diperlukan oleh insititusi pendidikan Islam yang menerima agihan sepertimana yang dijanjikan.
https://denyutreformasi.blogspot.com/
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan