Mula mempersoal Tabung Haji sejak Mac 2015, pemimpin PKR mengakui beliau dikeji berterusan dan tidak ramai rakannya “berani” memberi sokongan kerana takut menjadi mangsa serangan.
“Dalam banyak-banyak pendedahan yang saya pernah terlibat, antara sumpah seranah yang paling teruk saya terima adalah bila saya bangkit bercakap mengenai kepincangan kewangan Tabung Haji,” katanya.
“Saya ditahan, didakwa dan masih menjalani perbicaraan kononnya memfitnah Tabung Haji. Ada pimpinan kanan yang menuduh kononnya saya telah menyebabkan ribuan orang Islam tidak boleh menunaikan ibadah haji”.
Beliau berharap sebarang pembongkaran pemimpin parti lawan tidak diabai dan faktanya “ditolak bulat-bulat” dan dianggap fitnah.
“Jangan ulangi episod Tabung Haji — walaupun faktanya jelas, ramai-ramai bersekongkol menyembunyikan kerosakan dan menidakkan kebenaran hanya kerana yang membawa fakta itu seorang dari parti lawan,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan