Isu guling Tun M: Pas nak alih perhatian rakyat - Mahfuz

 Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Pas membangkitkan rancangan menggulingkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri oleh parti komponen Pakatan Harapan (PH) semata-mata untuk mengalih perhatian daripada isu terima dana RM90 juta daripada UMNO.

Katanya tindakan itu juga menunjukkan Pas sebuah parti 'flip-flop' kerana ia pernah membantah pemilihan Dr Mahathir sebagai perdana menteri andai PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Sebelum PRU14, Pas kata kalau Tun Dr Mahathir kembali sebagai perdana menteri, dia boleh mengancam keselamatan kepada negara tapi hari ini kamu (Pas) pula yang mempertahankan Tun Dr Mahathir.
"PAS sekarang dilihat bersikap 'flip-flop', sentiasa berubah-ubah (pendirian) kadang-kadang sampai kepada peringkat pembohongan bersandarkan kepada agama. Bagi saya ini adalah sesuatu yang sangat tidak wajar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Program Koordinator Keselamatan (OSH-C) Siri 1, 2019 Peringkat Negeri Kelantan di Kilang Keropok Mok Wan, Jalan Tanjung Kuala yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kelantan Abdul Aziz Salim di sini, hari ini.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia, berkata kerajaan masih tidak berpuas hati dengan kadar kemalangan dan kematian di tempat kerja yang didapati meningkat setiap tahun.

Beliau berkata nisbah kemalangan di tempat kerja ialah 2.88 bagi setiap 1,000 pekerja pada 2016 dan meningkat kepada 2.93 pada 2017.

Menurutnya nisbah kematian pula meningkat kepada 4.90 bagi 100,000 pekerja pada 2017, berbanding 4.84 pada tahun sebelumnya.

"Kita harap tumpuan lebih baik dapat diberikan menerusi kempen-kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan sahaja dalam sektor swasta tetapi juga dalam sektor awam," katanya
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan