Dr Wan Azizah Perlu Ambil Tindakan Terhadap Pemfitnahnya


Oleh Mohd Sayuti Omar

Seorang wakil rakyat Pas telah menghantarkan satu status berunsur memfitnah Penasihat Keadilan Dr Wan Azizah Wan Ismail. Status itu sangat buruk sekaligus menggambarkan kerakusan pemain media sisoal yang tidak berhati perut dan tidak beretika.

Walaupun wakil rakyat berkenaan telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya dan menarik balik status huduhnya itu, (tanpa memadamkan dari wallnya, dilihat semalam), tetapi ia tidak menyelesaikan masalah. Permohonan maaf itu tidak memberi gambaran penyesalan dan keinsafan kepada wakil rakyat berkenaan.

Sesuatu perlu dilakukan berhubung status huduh berkenaan. Status itu bukan dikaitkan dengan orang bertaraf macai, dan dilepaskan oleh orang juga bertaraf "buah cempedak di luar pagar" tetapi beliau adalah pemimpin parti sementara yang difitnah pula Timbalan Perdana Menteri. Tidak sepatutnya seorang pemimpin negara boleh dipermain-mainkan semudah itu.

Disebabkan yang menulis itu wakil rakyat dari daripada parti PAM (dahulu saya kenali dengan nama Pas), seharusnya ia lebih berhati-hati. Dan risiko daripadanyua itu juga berat sebab dia wakil rakyat dan dari parti agama.

Sewajarnya kalau Dr Wan Azizah menghantar notis saman mengheret wakil rakyat berkenaan ke mahkamah. Bukan untuk menuntut apa-apa bayaran ganti rugi dan sebagainya tetapi sebagai pengajaran. Kalau pun mahu menerima apologetiknya (permohonan maaf) eloklah biar mahkamah merekodkan.

Semoga dan diharap tindakan itu akan memberi pengajaran kepada pelayar media sosial lain yang galak menulis tanpa rukun dan tatasusila agar tidak mudah menulis semudah mulut menyebut, telinga mendengar dan mata memandang. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan