Oleh Shah Iskandar
memulakan bicara biar saya flash back dulu apa yg berlaku pasca 9 mei.
Umum mengetahui selepas kerajaan PH tertegak, harapan rakyat kpd
kerajaan baru ini terlalu tinggi seolah-olah kehidupan mereka akan
bertukar 100% tapi sayangnya harapan tinggal harapan dan pengharapan
rakyat kpd kerajaan PH semakin tipis. Antara puncanya yg paling utama
adalah kegagalan kerajaan memenuhi beberapa janji manifesto dan jugak
kos hidup yg semakin tinggi walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai
kata-kata manis oleh pemimpin-pemimpin PH semasa PRU ke-14.
Sayangnya, harapan tinggal harapan tetapi hidup perlu jua diteruskan.
Episod kpd kebangkitan rakyat menentang kuat kerajaan PH ini bagi
pendapat saya kemuncaknya adalah semasa berlaku tragedi kuil hingga
menyebabkan arwah adib terkorban. Pasca isu tersebut pihak2 pembangkang
terus memainkan isu perpaduan melayu untuk menagih simpati rakyat dan
akhirnya mereka berjaya menerusi keputusan di PRK semenyih.
Walaupun bagi saya, PH tidak akan kalah jika mereka meletakkan seorang
calon yg lebih berwibawa berbamding saudara aiman mungkin keputusannya
akan berubah tetapi nasi sudah menjadi bubur dan para pemimpin PH dan
penyokongnya perlu menerima keputusan dngn hati yg terbuka. Ada juga
hikmahnya kekalahan PH di semenyih kerana ia akan menjadi wake up call
untuk PH kembali bangkit dan segera mengawal isu-isu kebencian agama dan
kaum dengan tegas supaya tidak menjadi barah yg akan merosakkan negara
pada masa depan.
Sekarang di PRK rantau adalah sebenarnya ujian
dan pertarungan yg paling ditunggu-tunggu oleh semua pihak dan inilah
masa yg paling sesuai untuk kerajaan PH segera mematikan terus momentum
kebangkitan umno dan pas dalam politik malaysia.
Peluang untuk PH
menang walaupun bagi pendapat umum mengatakan sangat sukar tetapi bagi
saya PH akan menang di PRK rantau Insyaallah. Hal ini kerana Rantau
adalah kawasan yg mana jumlah pengundi antara melayu dan bukan melayu
adalah hampir setara. Tambahan pula, calon yg akan dikemukakan oleh BN
bukan calang-calang iaitu org no satu umno dan juga bekas MB Negeri
sembilan iaitu DS mohamad hassan ataupun lebih dikenali sebagai tok mat.
Tambahan pula Pas dari awal2 lagi sudah memberikan sokongan padu dalam
usaha memenangkan tok mat. Kekalahan tok mat dlm PRK rantau akan memberi
pukulan maut bukan sahaja kpd UMNO tetapi juga kpd pas.
Disini saya coretkan mengapa PH akan menang di Rantau. Antaranya :
a) faktor calon.
Sebenarnya BN lebih selesa untuk menentang calon Melayu dari calon
india. Hal ini kerana apabila kaum melayu diletakkan gerak kerja kempen
dan isu dominan yg akan dimainkan oleh BN semestinya isu melayu dan
agama. BN akan menonjolkan mereka adalah pejuang sejati melayu sementara
PH pula adalah boneka kpd DAP. Apabila PH meletakan calon india
bermaksud isu melayu dan islam terus tidak relevan kerana BN perlu kpd
undi bukan melayu jgk untuk mereka menang. Disinilah peluang yg akan
digunakan oleh PH untuk membangkitkan tentang kesedaran rakyat tentang
perlunya calon PH menang dirantau supaya kawasan Rantau akan mendapat
manfaat yg besar dari segi pembangunan dan peruntukkan.
b) faktor tok mat
Selain itu, antara faktor yg bagi saya memberi kelebihan kpd calon PH
untuk menang adalah kerana PH turun sebagai underdog dan BN akan turun
sebagai calon pilihan. Hal ini akan menyebabkn BN akan lebih merasai
tekanan dan gelora apatah lagi calon mereka adalah tok mat dan mereka
perlu menang untuk terus menyemarakkan api perjuangan mereka. Sementara
calon PH hanya perlu mendekati rakyat dngn lebih dekat sambil memberi
penerangan yg sewajarnya sahaja. Tok mat dan BN pastinya akan memggunakn
pelbagai cara dan helah tapi sayangnya mereka bukan lagi memegang kuasa
dan bg saya untuk mereka bertindak dan berkempen secara agresif adalah
amat terhad. Dulu mereka akan menggunakan seluruh jentera kerajaan dan
media-media massa dngn semahunya tetapi kini mereka hanya boleh
menggunakan kempen ceramah dan media sosial sahaja. Disitu kita akan
nampak kelebihan kpd calon dari PH
Kesimpulannya, PRK rantau
adalah satu medan yg sesuai dan tiba tepat pada masanya untuk PH kembali
bangkit dngn penuh wibawa dan membenamkan terus semangat juang UMNOPAS
sehinggalah PRU ke 15 tiba. Semoga PH akan menang walaupun dngn 1 undi
di rantau nanti.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan