Dr M: Kerja dengan Anwar lebih bagus dari Najib jadi PM

KUALA LUMPUR, 7 April ― Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim “lebih diterima” sebagai pemimpin daripada Datuk Seri Najib Razak, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun pernah wujud pergeseran dengan bekas timbalannya ketika dahulu, Dr Mahathir berkata Anwar kini jauh lebih baik berbanding terus membiarkan Najib memerintah negara, lapor New Straits Times.

“Betul, itu dulu. Ya saya ada kata begitu. Tapi antara Najib dan Anwar, saya rasa Najib pemimpin yang teruk daripada Anwar. Paling teruk,” katanya ketika diwawancara akhbar itu.

“Saya rasa, menerima Anwar menggantikan individu seperti Najib lebih diterima daripada membiarkan Najib terus berkuasa. Jadi saya memutuskan bahawa saya boleh bekerja dengan Anwar.

“Tak kira apa yang telah saya cakap padanya, apa sahaja yang dia kata terhadap saya. Saya rasa kerjasama kami jauh lebih penting.

“Saya tahu kalau kami tidak bekerjasama, Najib akan menjadi perdana menteri sekali lagi dan ia mengundang malapetaka besar kepada negara,” katanya.

Dr Mahathir percaya dengan kebolehan wakil rakyat Port Dickson itu mengetuai Pakatan Harapan, pada masa sama yakin timbalannya kini Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai Kabinet selepas beliau meletakkan jawatan.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan