Pemuda PKR kesal warga emas dipaksa pakai baju ‘Bossku’

RANTAU,  6 April — Pemuda PKR mendakwa seorang OKU warga emas dipaksa menukar baju Harapan kepada baju ‘Bossku’ dalam satu ceramah anjuran MIC semalam.

Thiban Subramaniam mendakwa warga emas itu melintas di tapak ceramah dekat Bandar Ekar sebelum diberhentikan dan diminta menukar baju oleh anggota MIC, lapor Malaysiakini.

“Selepas beliau dibawa kepada Timbalan Presiden MIC M Saravanan yang berada di sana dan diminta tukar baju Harapan kepada baju lain,” kata naib ketua Pemuda PKR.

Lebih mengecewakan, kata Thiban, insiden menukar baju itu dirakam sebelum klip videonya ditular bagi menggambarkan warga emas itu beralih sokongan kepada BN.

“Ini adalah satu strategi politik yang sangat jijik dan tidak bertanggungjawab. Beliau berumur 60 tahun dan tidak sedar apa yang berlaku,” kata Thiban kepada media dekat sini.

Mendakwa warga emas itu penyokong PH, Thiban memaklumkan warga emas itu kini trauma sehingga tidak keluar rumah sejak pagi tadi ekoran tindakan penyokong MIC.

Turut hadir dalam sidang media isteri warga emas A Saroja, anak N Mariamma dan menantu S Saravanan, yang akan membuat aduan polis petang ini.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan