Menyifatkan tuduhan sekadar “helah salahkan orang” (blaming game), Yang dipertua Abim Pulau Pinang berkata tuduhan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak ada kebenarannya.
“Jangan hanya kerana mahu bergabung dengan Umno, habis segala tuduhan dan tohmahan dilontarkan kepada Anwar Ibrahim, yang pernah PAS jadikan teman jatuh bangun sebelum ini.”
“Untuk sekonyong-konyongnya melabel Anwar sebagai punca perpecahan di kalangan umat Melayu di Malaysia, khususnya di Pantai Timur adalah umpama langit dan bumi,” kata Tabi'in.
Sabtu lalu, Hadi ketika berucap di Kerdau menyatakan kejadian perpecahan serius umat Islam dan Melayu beberapa puluh tahun lalu berpunca dari bekas menteri kewangan.
Untuk rekod, pada era 80-an, banyak laporan mengaitkan budaya kafir mengkafirkan ketika itu berpunca dari Amanat Haji Hadi di Kuala Terengganu.
0 comments:
Catat Ulasan