Hentikan Kerja Tidak Berfaedah

Oleh Mohd Sayuti Omar

Penularan foto wajah lelaki yang dikaitkan dengan kejadian kereta Mufti Perlis, terbakar dan dibakar saya rasa kurang elok. Untuk apa menyebarkan gambar lelaki berkenaan dan setengah ada mengaitkan relationship lelaki berkenaan dengan parti agama (Pam)?

Kejadian yang menimpa Mufti itu kita simpati dan jika ia sahih perbuatan disengajakan ia perlu dikutuk sekeras-kerasnya. Perbuatan seperti itu berpotensi untuk merebak lebih luas jika pasukan keselamatan tidak mengawalnya. 

Kejadian membabitkan api begitu selalunya ada kaitan dengan pengganas.

Tetapi dengan menularkan wajah lelaki itu yang dikatakan masih dalam siasatan, ia bukan tindakan wajar dan baik. Satu segi ia boleh menganggu siasatan polis.

Dan apa yang saya nampak dalam hal ini sentimen dan kebencian kepuakan, (parti), oleh penyokong parti kian menebal. Ia nampaknya tidak terkecuali berlaku dalam sesebuah parti sahaja, tetapi hampir semua parti.

Kalau sebelum ini sikap-sikap rakus, kejam, extreamisme, bersikap seperti orang otak kementot dari parti agama sahaja, tetapi hal sama juga nampaknya ikut merebak dan berkembang ke dalam parti liberal, kebangsaan juga.

Cubalah waraskan akal dan tindakan dalam berpolitik. Hentikan penyebaran yang boleh memborakkan lagi api sengketa itu kerana ia tidak berfaedah. Trims.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan