Negara-negara
Barat seringkali dilihat memaksa negara-negara lain-menerima apa yang
dilakukan mereka, umpamanya berkenaan dengan idelogi komunisme,
kapitalisme, sosialisme dan juga gaya hidup songsang LGBT.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata LGBT ini adalah satu
perubahan daripada segi nilai moral mereka dan mereka mahu memaksa gaya
hidup itu pada negara-negara lain.
“Kita mempunyai budaya kita sendiri dan tidak boleh terima sesuatu yang bertentangan dengannya, adat resam kita dan agama kita.
“Selain itu Barat sentiasa bercakap mengenai kebebasan yang bermakna
kita bebas menolak amalan hidup yang tidak sesuai dengan kita,” kata
beliau dalam sidang media di sini pada Isnin sebelum mengakhiri lawatan
kerja tiga hari ke United Kingdom (UK).
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada soalan mengenai
LGBT yang diajukan semasa sesi soal jawab selepas beliau berucap di
Cambridge Union pada Ahad menunjukkan masih ada tekanan untuk negara
menerima cara hidup songsang itu.
“Tetapi demikianlah tekanan mereka sehingga mereka mempengaruhi
rakyat Malaysia sendiri, termasuk setengah-setengah Orang Islam dan
Melayu yang beranggapan satu daripada manifestasi kebebasan adalah hak
untuk menerima apa yang dilakukan di Barat,” katanya.
“Ada benda di barat yang kita perlu guna sebagai contoh. Umpamanya di
Barat institusi perkahwinan sudah tidak dipedulikan, demikian juga
institusi institusi keluarga tidak diterima lagi. Mereka boleh hidup
bersama tanpa berkahwin.
“Itu cara mereka, kita tidak harus terima. Kita ada nilai hidup kita
dan pegang kepada nilai itu dan mesti berbangga dengan nilai hidup kita.
Jangan kita menurut kepada Barat,” katanya.
Dalam lawatan kerja tiga hari beliau ke UK, Dr Mahathir diiringi oleh
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan Syed
Sadiq Abdul Rahman. — BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan