Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Presiden Umno enggan mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Johor, Hasni Mohammad bahawa parti Melayu itu mungkin
menubuhkan sebuah parti baru atau menyertai parti politik sedia ada jika
ia dibubarkan.
Sebaliknya, Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau
menyerahkan soalan itu kepada 'Orang-orang yang menjalankan tugas
presiden' bagi mendapatkan jawapan.
“Tanya dengan orang yang
menjalankan tugas-tugas presiden,” katanya ringkas kepada pemberita
sebelum beredar selepas selesai merasmikan mesyuarat perwakilan Umno
bahagian Masjid Tanah, Melaka hari ini.
Ini merupakan
kemunculan pertama Zahid selepas mengumumkan keputusan bercuti dan
menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya, Mohamad Hasan pada
18 Dis tahun lalu.
Untuk rekod Zahid menerima tekanan
untuk bercuti selepas menghadapi 47 pertuduhan pengubahan wang haram,
pecah amanah dan rasuah.
Terdahulu The Star Online memetik Hasni sebagai berkata penubuhan parti baru antara langkah yang sedang dipertimbangkan Umno.
Ia susulan saman pelucuthakan
sivil yang difailkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
untuk mendapatkan kembali RM270 juta dana berkaitan 1MDB.
Menurut
SPRM, sebahagian besar wang berkenaan iaitu sebanyak RM230 juta
disalurkan ke akaun Umno melalui akaun peribadi bekas presidennya, Najib
Razak.
Antara penerimanya ialah Umno bahagian Pekan,
Umno bahagian Johor Bahru dan badan Perhubungan Umno di beberapa negeri
termasuk Kelantan dan Selangor.
Mat Hasan harap hanya khabar angin
Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi Malaysiakini berharap kenyataan yang dibuat Hasni hanyalah berdasarkan khabar angin.
Sebaliknya,
bekas menteri besar Negeri Sembilan itu berkata, Umno mempunyai
strategi tersendiri bagi berdepan dengan pelbagai kemungkinan.
“Umno Malaysia mempunyai beberapa langkah strategi menghadapi apa jua kemungkinan.
"Cuma kami berdoa agar khabar -khabar angin tersebut tidak menjadi kenyataan,” katanya melalui pesanan Whatsapp.
0 comments:
Catat Ulasan