AMANAH Terengganu berpendapat kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa Parlimen dibubarkan untuk memberi
laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung lebih awal
sebagai aneh dan tidak bertanggungjawab.
Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin
berkata, saranan tersebut seolah-olah tidak meraikan serta menghormati
hak anak muda berumur 18 tahun yang perlu sedikit masa bersedia untuk
boleh mengundi.
“Pilihanraya umum diadakan untuk memilih Kerajaan Persekutuan Pusat
untuk mentadbir Negara dan bukan untuk memuaskan nafsu ahli politik yang
hanya ghairah untuk berpolitik berterusan tanpa memikirkan kepentingan
rakyat.
“Kenapa apabila giliran kerajaan PH memerintah baru sampai setahun sudah tidak sabar-sabar hendak minta PRU pula?
“Kalau iya pun sedang mabuk bercinta dengan Umno, elok lah cuba
berlaku sedikit adil kepada PH. Lagi pun UMNO sudah berpeluang lebih 60
tahun memerintah. Berlaku adil lah wahai PAS,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Beliau turut mengingatkan Timbalan Presiden itu tentang kata-katanya bahawa PRU hanya merugikan rakyat.
Malah katanya, ia bukan cara politik matang untuk masa hadapan rakyat
yang perlu pembelaan keperluan asas seperti perumahan, peluang
perkerjaan dan mengatasi isu kos sara hidup.
“Bukankah dahulu PAS juga berkata PRU dan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan kerapkali merugikan rakyat dan Negara?
“Adakah adil kepada rakyat untuk PAS meminta tumpuan Negara dan
sumber kewangan Negara yang baru setahun melalui PRU untuk menghabiskan
masa dan dana bagi memenuhi nafsu ahli politik yang tidak habis-habis
berpolitik dan ingin merebut kuasa?
“PRU di adakan lima tahun sekali untuk memberi masa
sekurang-kurangnya lima tahun untuk berkerja dan membina Negara. Rakyat
penat dengan terlalu banyak politik murahan tanpa tumpuan membela nasib
mereka,” ujarnya
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan