KUALA LUMPUR, 28 Julai — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menolak dakwaan mempunyai pendirian yang bercanggah terhadap
dakwaan-dakwaan seks yang menjejaskan ahli kabinetnya yang lepas dan
pada masa kini.
Beliau menyentuh perkara
ini dalam satu artikel yang dipos dalam laman blognya, Chedet. bertajuk
“Contradiction’, yang menyatakan:
“1. telah dituduh bercanggahan dalam pendirian saya
sendiri berhubung reaksi saya terhadap
dakwaan salah laku seksual
menjejaskan seorang ahli Kabinetnya pada 1998 dan isu video seks yang
sedang hangat sekarang ini yang dikaitkan dengan seorang lagi ahli
Kabinetnya pada masa kini.
2. Tidak ada percanggahan.
3.
Tindakan yang diambil pada 1998 bukannya berdasarkan klip video. Itu
muncul kemudian. Mahkamah telahpun buat keputusannya. Video berikutnya
tidak mempengaruhi mahkamah atau sesiapa pun. Ia tidak mempengaruhi
saya.
4.
Dalam kes terbaru ini, video muncul dahulu. Sudah tentu ia satu cubaan
untuk menghitamkan nama seorang yang tertentu itu bagi merosakkan masa
hadapannya.
5. Sekiranya saya hendak
melakukan jangkaan aksi, saya akan menjadi aksesori kepada plot. Saya
tidak berhasrat menjadi alat kepada dalang. Saya tidak akan menjadi
sebahagian daripada politik kotor yang sedemikian.” — Bernama
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan