Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak khabar
angin bahawa suatu gambar diambil semalam yang memaparkan seluruh jemaah
menteri menandakan akan berlaku rombakan kabinet tidak lama lagi.
"Semalam merupakan salah satu masa ketika mana semua anggota jemaah menteri hadir.
"Jadi kami mahu ambil gambar semua anggota kabinet," kata Mahathir kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Perhimpunan Agung Khas Bersatu di Serdang hari ini.
Ketika ditanya sekiranya rombakan kabinet akan berlaku, Mahathir menjawab: "Apa cadangan kamu? Saya mendengar suara rakyat," katanya.
Sementara itu, Mahathir juga membidas veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang pada Khamis lalu berkata, perselisihan antara presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali boleh menjejaskan PH.
"Dia mempunyai banyak pengalaman dengan Semangat 46. Jadi dia tahu semua tentang semuanya," kata Dr Mahathir secara sinis.
Tengku Razaleigh membentuk Semangat 46 pada tahun 1989 selepas gagal dalam cubaannya untuk mencabar Mahathir untuk jawatan presiden Umno.
Parti serpihan Umno itu bagaimanapun akhirnya dibubarkan dan banyak pemimpinnya termasuk Tengku Razaleigh kembali menyertai Umno.
0 comments:
Catat Ulasan