Penerbit: 'Demi Tuhan Aku Bersaksi' bukan promosi gay, cerita dekati tuhan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Demi Tuhan Aku Bersaksi bukan mempromosi amalan gay sebaliknya telefilem itu mengajak ke arah kebaikan, kata penerbitnya.

“Drama ini tidak mempromosikan budaya lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), sebaliknya tentang perjalanan seorang mak nyah yang bertaubat dan mencari jalan mendekati Allah,” kata Fadzil Zahari seperti dilapor Kosmo!.

“Saya menggunakan bidang seni untuk menyampaikan mesej positif, salah satunya menerusi telefilem ini,” kata  kata pemilik bersama Prokuya Studios yang menerbitkan telefilem berkenaan.
Beliau juga hairan mengapa tuduhan semikian tersebut dilempar sedangkan beliau sebagai orang Islam tahu “batas-batas agama”.

“Tidak adil membuat kritikan berdasarkan sedutan gambar-gambar dalam telefilem yang semuanya tidak tepat,” kata adik pelakon Farid Kamil.

Membariskan pelakon antaranya Syafie Naswip, Fezrul Khan dan Sheila Mambo, telefilem berkenaan dikecam kerana ia kononnya memburuk-burukkan institusi tahfiz.

Sekalipun wujud desakan  tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kelmarin mempertahan karya tersebut malah agensi kerajaan itu menganggapnya ada mesej yang bagus.

Malah, sebahagian warga maya turut mempertahan kewajaran telefilem itu disiarkan kepada umum bagi menggambarkan realiti sebenar.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan