Pemimpin PAS belum tentu ''Konfom" Masuk Syurga

Oleh Mohd Farid Mohd Noor

Subky Latif seorang yang sangat pandai bermadah. Dalam status fbnya, beliau menyatakan rasa kasihan kepada Tun Dr. Mahathir jika tak dapat masuk syurga oleh kerna ada tuntutan dari 'ashab' Memali.

Kemudian di katanya lagi, jika setuju selesai cara baik, maka Pas dan Tun Dr. Mahathir boleh berdamai dan meneruskan Siasatan Diraja kepada isu 1 MDB pula.

Penulis nak komen begini saja, pertama, Subky Latif tak perlu kasihan dengan Tun asbab khuatir Tun tak masuk syurga padahal Pak Subky serta seluruh pimpinan Pas sendiri pun belum tentu 'konform' dapat masuk syurga.

Jangan ingat waris Memali sahaja yang mampu halang Tun Dr Mahathir ke syurga, waris anggota polis yang 'syahid' juga mampu menghalang Ibrahim Libya dan kelompoknya daripada memasuki syurga kerana kelompok ekstrim inilah yang mula-mula melepaskan tembakan dahulu sehingga mati seorang pegawai polis yang mahu mengadakan rundingan dengan pihak mereka.

Amanat Hadi lah yang bertanggungjawab menghuru-harakan masyarakat dan memberi imej buruk kepada Islam sehingga melahirkan perasaan ketakutan serta 'Islamophobia' terhadap imej agama Islam serta komunitinya sendiri. Hadi pun nanti gamaknya akan dihalang masuk syurga juga kerana telah berjaya menyesatkan masyarakat Memali serta pentaksub Pas dengan kefahaman sekeratnya mengenai politik Islam serta kesalahfahaman tentang konsep 'jihad' dalam dunia demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Khalas !

Kedua, isu Memali ini sebenarnya Pas gunakan sebagai modal untuk berceramah dan menghentam Tun Dr. Mahathir kerana Tun menolak untuk mengisi borang keahlian bersama kelompok ekstrim serta jahil seperti mereka. Mereka lalu dengan penuh rasa kecewa dan marah kemudiannya, mulalah melancarkan jihad maki-memaki Tun serta mencari-cari isu lama untuk digunakan semula setelah kehabisan modal politik mengenai Akta 355 dan Akta 164.

Dengan 'syafa'atul uzma' daripada Umno, maka mereka berjaya memainkan semula isu Memali ke persada politik Malaysia dan membuatnya lebih penting dari isu RCI bagi kes 1 MDB.
Isu Memali merupakan isu lokal yang sudah lama tamat dan tidak melibatkan kepentingan masyarakat Malaysia secara keseluruhan.

Manakala isu 1 MDB pula sebaliknya, ianya merupakan jenayah global terancang dengan kleptokrasi serta korupsi yang paling besar di abad ini. Bahkan kesannya kepada ekonomi, nilai mata wang serta bebanan tanggungan hutang negara yang sangat tinggi hingga memberi kesan sampingan pula kepada kos sara hidup serta pewujudan cukai yang sangat membebankan rakyat.

Kaedah fiqh menyebut : "Maslahah ammah muqodamm ala maslahah khassah." Iaitu kepentingan umum lebih diutamakan berbanding kepentingan khusus/peribadi/kelompok sendiri.

Akhir kalam, nasihat penulis buat Pak Subky yang begitu 'ta'asub' dan 'wala' kepada parti yang mempermainkan agama untuk kepentingan survival politik Pas, cukup-cukuplah tuh jadi boneka Umno, marilah pula bekerja dan memperjuangkan isu rakyat. Berhenti jadi boneka Umno.
Share on Google Plus

About Voice Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Apalah salahnya menyatakan ' kesian ' kepada seseorang yang bertanggungjawab ke atas sesuatu semasa pentadbirannya. Tak payahlah nak melarat pasal syorga neraka pulak hingga keluar kaedah figh....

    BalasPadam