KUALA
LUMPUR: Pembentangan Belanjawan 2020, rang undang-undang (RUU) meminda
hukuman mati dan Kertas Putih Pertahanan bakal menarik perhatian
persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirainya semula pada esok, selepas
berehat lebih dua bulan.
Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Sidang Parlimen Ke-14 itu akan berlangsung selama 36 hari, mulai esok hingga 5 Disember yang bakal membincangkan beberapa akta baharu dan pindaan akta sedia ada, dalam menambah baik sistem perundangan dan pentadbiran negara
.
Tumpuan pastinya terarah kepada pembentangan Belanjawan 2020 pada Jumaat ini dengan persoalan pokok pastinya, jumlah peruntukan disediakan dan agihan kepada pelbagai sektor.
Peruntukan sebanyak RM314.5 bilion disalurkan untuk Belanjawan 2019 bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.
Selain itu, turut dijangka menjadi perhatian ialah pindaan hukuman mati mandatori selepas kerajaan memutuskan hukuman penjara setimpal bagi menggantikan hukuman maksimum itu yang diperuntukkan bagi 11 kesalahan berat.
Ketika ini, undang-undang memperuntuk hukuman mati mandatori terhadap kesalahan di bawah Kanun Keseksaan seperti bunuh, rompakan bersenjata dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Selain RUU itu, turut dijangka dibentangkan ialah RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 untuk bacaan kali kedua dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dipetik sebagai berkata, ia dijangka dibentang sebelum pembentangan Belanjawan 2020.
Rang Undang-Undang IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai, dan ia bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
IPCMC akan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.
Vui Keong juga sebelum ini berkata, kerajaan akan memulakan percubaan kedua untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar pada persidangan Dewan Rakyat ini.
Pada September tahun lalu, Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 ditolak oleh Dewan Negara, sekalipun diluluskan oleh Dewan Rakyat dan kerana itu Liew berkata, kerajaan akan membentangkannya semula.
Selain itu, RUU derma politik dan penubuhan ombudsmen juga dijangka dibentangkan kali ini, kata Ketua Pengarah Urus Tadbir, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Beliau dilaporkan berkata, kedua-dua RUU itu satu daripada inisiatif utama di bawah Pelan Pencegahan Rasuah Negara (NACP) 2019-2023 yang memberi tumpuan utama untuk meningkatkan tadbir urus, integriti dan antirasuah selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.
Turut dijangka mencuri perhatian penggubal undang-undang negara ialah pembentangan Kertas Putih Pertahanan Negara yang akan memahat sejarah negara.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sebelum ini dilaporkan berkata, draf kertas putih itu mengambil pandangan semua pihak, antaranya ahli akademik dan ia antara lain merangkumi penstrukturan gaji yang kompetitif, elaun dan insentif khas, faedah perubatan/penjagaan kesihatan serta perkara berkaitan perumahan.
Selain itu, kerajaan juga dijangka membentangkan RUU untuk mengawal aktiviti Food Bank yang bertujuan melindungi penyumbang daripada tindakan undang-undang, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini melalui makanan yang disumbang.
Persidangan kali ini turut memberi fokus kepada pembentangan RUU bagi menambah baik pengurusan wakaf, agar dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan, demikian menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh.
Bagi mempertingkatkan perlindungan kepada pekerja, mengurangkan waktu bekerja dan menangani isu pekerja dipaksa bekerja, Akta Kerja 1955 dijangka dibentang untuk pindaan pada sesi ini selepas selesai melalui pelbagai fasa perbincangan, kata Menteri Sumber Manusia. M Kulasegaran. Akta itu kali terakhir dipinda pada 2013.
Dewan Rakyat juga dijangka memberi penghormatan kepada penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai, merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafiq, 42, yang meninggal dunia pada 21 September lalu, berikutan komplikasi jantung. – BERNAMA

0 comments:
Catat Ulasan