SHAH ALAM - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima
kembali jawatannya selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) hari ini, kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya.
Menurut
laporan sebuah akhbar tempatan, Marzuki dipetik sebagai berkata,
perkembangan berhubung perkara itu akan dimaklumkan nanti.
Isnin
lalu, selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir
turut melepaskan kedudukannya sebagai Pengerusi Bersatu dan kenyataan
rasmi mengenainya telah dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan
peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.
Begitupun pada
mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu, MPT dan ahli-ahli
Parlimen Bersatu menolak surat peletakan jawatan itu sebaliknya membuat
keputusan untuk terus memberi sokongan kepada Dr Mahathir kekal sebagai
Perdana Menteri Malaysia.
"Ini adalah satu keputusan yang jelas
dan kami masih dalam satu barisan. Kita telah membina parti ini bersama
dan kami akan mengharungi apa juga halangan serta rintangan, saya pasti
Bersatu dapat menghadapi kemelut ini dengan jalan terbaik," katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan