Zuraida elak soalan sanggup kerjasama dengan Umno 'untuk selamatkan negara'

Zuraida Kamaruddin mengelak soalan pemberita berkenaan kesanggupannya, serta sejumlah bekas anggota parlimen PKR, untuk bekerjasama dengan Umno.

Ketika dibangkitkan bahawa kumpulan itu dahulu sebahagian daripada PH yang berkata mahu menyelamatkan negara daripada Umno, anggota parlimen Ampang itu berkata: "Saya tak tahu hal itu."

"Saya tak ada jumpa mereka," katanya yang dahulunya naib presiden PKR.
Beliau tidak mengulas lanjut dan terus masuk ke keretanya.

Zuraida ditemui pemberita ketika ingin beredar dari Hotel Sofitel di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan