Pilihanraya Mengejut Parlimen Malaysia (Snap Election ) - Satu Kemungkinan?

OLEH HAYAR HASSAN

Seperti yang kita maklumi beberapa bulan menjelang jatuhnya Kerajaan PH di Putrajaya pada akhir bulan Februari 2020, parti UMNO khususnya kerap mencanangkan bahawa UMNO lebih cenderung agar Pilihanraya Parlimen mengejut@Snap Election diadakan. UMNO sememangnya mempunyai banyak alasan dan hujah atas saranan ini.

Yang paling utamanya, setelah berjaya merealisasikan gabungan Maufakat Nasional, antara UMNO dengan PAS dan memenangi PRK-PRK Parlimen Cameron Highland, DUN Semenyih, Dun Rantau, Parlimen Tanjung Pial dan Parlimen Kimanis, UMNO cukup yakin bahawa pengundi-pengundi Melayu telah berpatah balik untuk menyokong UMNO. Apa tah lagi, semua PRK-PRK di atas dimenangi oleh calon-calon UMNO dengan majoriti undi yang agak besar. YB Dato’ Seri Anuar Musa, ketika itu sebagai Setiausaha Agong Umno sibok menjual idea Snap Election ini.

Berkemungkinan besar, BN( UMNO&PAS) boleh menang besar di Semenanjung Malaysia, memang ada.

Namun demikian, pendukong-pendukong Langkah Sheraton lebih segera melaksanakan langkah-langkah pengkhianatan mereka dan menyambar peluang-peluang yang ada untuk terus berkuasa. Umpama helang yang terbang tinggi di udara, akan menjunam ke bawah, menerkam mangsanya tanpa belas kasihan. Apa tah kali perasaan segan dan silu, mau pun dosa dan pahala. Yang kelihatan adalah mendahulukan cita-cita peribadi yang telah lama terpendam di lubuk kalbu masing-masing. “ Matlamat Menghalalkan Cara(The Ends justified The Means)”, falsafah hebat Machiavelli.

Kalau kita amati kembali, salah satu faktor utama YAB Tan Sri Mahyuddin Yassin(TSMY) membawa keluar Parti Bersatu(PPBM) daripada Pakatan Harapan(PH) adalah kerana tidak yakin lagi bahawa PH boleh memenangi PRU 15. Disamping itu secara diam, sememangnya beliau juga mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke 8. Cuma tidak dizahirkan secara terang-terangan. Hatta YB Tun Dr Mahathir Mohamad(TM) sendiri pun tidak menyedarinya. Selama ini, dikatakan yang cukup mengimpikan jawatan tersebut adalah DSAI.

Setelah semuanya terjadi, baru lah TM menyedari bahawa beliau telah dikhianati oleh orang kanan nya sendiri . Sehebat-hebat TM, beliau kecundang juga kepada orang yang kelihatannya turut bersusah payah membangunkan Parti Bersatu(PPBM).

Apa pun, isu utama yang ingin saya polimikkan kali ini adalah sekitar peluang serta cabaran yang bakal di hadapi oleh TSMY untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri seandainya Pilihanraya Parlimen Mengejut(PPM)@(Snap Election) betul-betul terpaksa diadakan dalam waktu yang terdekat.

Seandainya PPM terpaksa diadakan, pembahagian kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia adalah merupakan masaalah terbesar buat TSMY.

Calon-calon PPBM, UMNO dan PAS tentunya memfokuskan kerusi-kerusi selamat untuk calon-calon mereka. Apakah formula yang akan digunapakai dalam perundingan dan siapa kah yang mempunyai kuasa pemutus dalam membuat keputusan muktamad dan terakhir?Dalam keadaan sekarang, adalah dipercayai bahawa TSMY masih buntu dalam menentukan strategi nya atas isu ini.
Setakat yang kita tahu, sehingga ke hari ini, Kerajaan Perikatan Nasional(PN) masih belum mengumumkan struktur kepimpinannya. Kita masih tidak tahu siapa kah yang menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan AJK-AJK nya. Tiada sebarang maklumat berkaitan dengan alamat Pejabat Urusetia nya.Semuanya kabur dan tiada siapa yang tahu. Setakat ini tiada sebarang maklumat berkaitan dengan logo PN.

Menurut keputusan PRU 14 lalu, UMNO telah memenangi 37 kerusi Parlimen. PPBM hanya memenangi 16 kerusi. Selepas TSMY menjadi Perdana Menteri,bilangan kerusi PPBM telah bertambah 23 menjadi 39 dan kerusi UMNO tinggal 15 sahaja. PKR pula hanya mempunyai 40 kerusi. DAP kekal dengan 42 kerusi. Amanah kekal 11 kerusi.

Seandainya PPM benar-benar berlaku, UMNO yang telah memenangi 37 kerusi semasa PRU 14 tentulah akan berkeras untuk bertanding kerusi-kerusi ini.

Mereka tidak sekali-kali akan menyerahkan kepada PPBM. Ini lah masaalah yang amat sukar diselesaikan oleh TSMY. 23 kerusi Parlimen tambahan kepada PPBM ini pastinya akan wujud sekurang-kurangnya pertandingan 3 penjuru. Ia umpama bom jangka(Time Bomb) yang boleh meletop pada bila-bila masa saja.

Seperkara lagi yang menjadi suatu hambatan kepada PPBM adalah kerana dari segi struktur organisasi dan kewangan ianya masih belum kukuh jika dibandingkan dengan UMNO. Seandainya PPBM masih berkeras untuk mengambil kerusi-kerusi tersebut, kejadian tikam menikam dari belakang akan terjadi. Akhirnya amat sukar sekali diramalkan apa yang bakal terjadi kepada calon-calon PPBM ini.

Apabila ianya berlaku, peluang amat cerah bagi PH untuk merampas kerusi-kerusi Parlimen ini. Akhirnya boleh diandaikan bahawa TSMY mungkin tidak boleh bertahan lama sebagai PM ke 8.

Sama-sama lah kita melihat nya nanti.












Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan